[MisiKemanusiaanAfghanistan] Bincang keperluan hospital

Sebuah hospital kebajikan di Kabul, Afghanistan memerlukan sokongan dana kira-kira AS$300,000 (RM1.4 juta) bagi membangunkan kemudahan kesihatan asas, termasuk pembelian mesin MRI, mesin dialisis serta pelaksanaan latihan untuk kakitangan.

 

Hospital Al-Hayat yang menawarkan rawatan percuma kepada komuniti kurang berkemampuan kini beroperasi dalam keadaan serba kekurangan daripada segi peralatan dan dana. Malah, difahamkan beberapa pesakit dilaporkan meninggal dunia kerana tidak mampu menanggung kos pembedahan.

 

Lawatan kemanusiaan yang diketuai oleh badan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) bersama rakan strategik, Econsave, telah membuka mata terhadap keperluan mendesak hospital tersebut.

 

 

Ketua Misi Kemanusiaan Afghanistan, Mohd Zin Kandar, ketika meninjau hospital berkenaan berkata, pihaknya bersama rakan-rakan strategik akan berusaha membantu hospital itu.

 

Pihaknya turut berterima kasih kepada hospital berkenaan kerana memberi peluang kepada mereka melawat hospital terbabit.

 

“Kami berterima kasih kepada Hospital Al-Hayat di Kabul, kerana memberi ruang kepada kami untuk melawat salah sebuah hospital yang beroperasi atas dasar kebajikan serta memberikan perkhidmatan secara amal kepada masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan,” katanya di sini.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Al-Hayat, Dr. Habibullah Hazim menyatakan harapan besar untuk memperkembangkan hospital demi manfaat jangka panjang kepada komuniti setempat.

 

“Kami sedang menyediakan perkhidmatan kepada orang-orang yang memerlukan bantuan. Rancangan utama kami untuk mengembangkan hospital adalah untuk mempunyai MRI, beberapa mesin DLS, pembangunan pendidikan, dan beberapa rakan kongsi untuk membangun kapasiti staf kami,” katanya.

 


 

 

 

Menurutnya, pihak hospital juga terbuka untuk menjalin kerjasama dengan organisasi antarabangsa, dalam usaha membangunkan hospital berkenaan.

 

Untuk makluman, MyCARE sedang melakasanakan kempen Bantuan Kemanusian Afghanistan bagi mengumpulkan dana bantuan makanan, perubatan dan pendidikan kepada mereka yang terkesan.

 

Salurkan bantuan anda di:

 

Jika anda berminat untuk menaja anak yatim di Afghanistan, layari:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.