Misi Sukarelawan Pedalaman Sabah: Psikososial Back2School

MyCARE dengan inisiatif sukarelawan akan menerokai kawasan pedalaman Sabah pada 17 – 20 Februari ini.
 
Misi Sukarelawan ini merupakan program yang dilaksanakan oleh Unit Kesukarelawanan MyCARE dan melibatkan gerak kerja dari sukarelawan MyCARE sendiri.
 
Program ini juga merupakan kolaborasi bersama MyCARE Sabah dan Hidayah Centre Foundation Sabah dalam bentuk khidmat sosial, bantuan pendidikan dan ekonomi sejajar dengan objektif pengurusan sukarelawan MyCARE yang menginginkan aktiviti kesukarelawanan menjadi salah satu daripada tunggak MyCARE.
 
Kami menyasarkan projek Back2School dan aktiviti Psikososial bagi menyantuni para pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Tanaki, Papar, Sabah untuk membantu membeli kelengkapan persekolahan di samping menyuntik semangat serta memberi motivasi agar dapat mengubah nasib keluarga masing-masing dengan ilmu serta cemerlang dalam pelajaran, insya Allah.
 
Bantu kami dalam menjana dana bagi perkara seperti berikut:
 
1) Tabung Aktiviti Psikososial: RM2,500
2) Tabung Back2School: RM10,000
3) Jumlah lain di bawah aktiviti kesukarelawanan
 
Ukirkan senyuman mereka di hari pertama persekolahan mereka pada bulan Mac ini dengan menyumbang di https://mycare.qrd.by/volunteerfund
 
“Pendidikan adalah hak kanak-kanak, dan tanggungjawab kita bersama.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.