[MisiLubnan] Ahli misi berkunjung ke pejabat kedutaan

Team Misi Kemanusiaan MyCARE ke Lubnan memulakan misi dengan mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Malaysia di Lubnan. Turut bersama ialah rakan kerjasama MyCARE di Lubnan, Takaful for Child Welfare (Takaful).
 
Kunjungan bertujuan untuk memperkenalkan dan memaklumkan keberadaan team MyCARE di Lubnan untuk misi kemanusiaan. MyCARE juga mengambil kesempatan memperkenalkan Takaful kepada pihak kedutaan serta bertukar-tukar maklumat dan pandangan tentang situasi terkini di Lubnan.
 
Team MyCARE diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Pengurus Besar Operasi, Puan Roha Hassan, serta aktivis, Puan Sharifah Farah Syed Fadzil. Pihak Takaful diketuai oleh Encik Ahmad Khodor.
 
Kehadiran kami telah disambut oleh Duta Malaysia ke Lubnan, Encik Azri Mat Yacob serta dua orang lagi kakitangan kedutaan – Encik Al Izaini Che Izhar dan Puan Manal Shaheen.
 
Encik Azri menghargai kerjasama MyCARE dengan NGO-NGO di Lubnan. Beliau yakin NGO punya peranan yang penting dan tersendiri di negara itu.
 
Team MyCARE turut mengundang Encik Azri dan kakitangan kedutaan menyertai aktiviti MyCARE dan Takaful yang akan berlangsung sepanjang minggu ini.
 
*****
Untuk menyumbang ke Tabung Bantuan Musim Sejuk (Winter Relief) MyCARE, KLIK:
http://mycare.qrd.by/winterrelief
 
Atau salurkan ke akaun bank:
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 13 5592
Rujukan: Winter
 
Hantar bukti pembayaran jika melalui bank online ke:
WhatsApp – http://wasap.my/60389412341 atau
emelkan ke account@mycare.org.my
 
Mohon sebar-sebarkan agar lebih ramai yang dapat kita bantu. Bantuan akan disalurkan ke Palestin, Syria, Lubnan, Yaman dan Afghanistan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.