Di sebalik runtuhan bangunan dan deruan konflik yang tidak berkesudahan, terdapat banyak keluarga yang cuba bertahan hidup.
Melalui Kempen Penajaan Keluarga Asnaf Palestin, MyCARE dengan bantuan rakan NGO di Palestin iaitu Ghirass for Society Development telah menelusuri kehidupan tiga buah keluarga tajaan.
Keluarga 1: Tidak Lagi Sendirian
Kerana perang, rumah yang melindungi mereka telah hancur sepenuhnya. Mereka kehilangan tempat tinggal. Namun, tajaan yang mereka perolehi telah memberi kelegaan dan sokongan kepada mereka.
Tajaan telah membantu mereka memenuhi keperluan asas seperti peralatan sekolah, pakaian, makanan, minuman dan selimut terutamanya keperluan menghadapi musim sejuk.
Keluarga 2: Harapan Untuk Anak-Anak
Keadaan selepas perang menyukarkan seorang ibu tunggal membiayai kehidupan dan pendidikan 6 orang anaknya. Tambahan pula, 4 orang anak beliau masih menuntut di Universiti Al-Azhar dan memerlukan kos yang sangat banyak.
Tajaan yang diberikan sedikit sebanyak telah membantu beliau membayar biaya pendidikan anak-anaknya seperti yuran pembelajaran, pakaian, kos pengangkutan dan lain-lain.
Keluarga 3: Kekuatan Untuk Terus Bertahan
Seorang Ibu membesarkan 4 orang anak yatim. Mereka menghadapi kehidupan yang sukar kerana perang. Terpaksa kehilangan ramai orang tersayang dan perlu bertahan menghadapi Musim Sejuk tanpa kelengkapan yang cukup.
Tajaan dan sokongan yang berterusan sejak sebelum perang telah memberikan kekuatan kepada keluarga ini untuk terus menghadapi kehidupan di Gaza yang tidak menentu setiap hari.
Setiap keluarga membawa kisah yang berbeza, namun disatukan oleh satu perkara iaitu harapan yang kembali menyala hasil keprihatinan para penaja.
Terima kasih para penaja kerana memilih untuk peduli. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada harapan mereka.
Atau salurkan sumbangan anda kepada keluarga asnaf melalui:
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341