Hampir 2 tahun, sekatan haram Israel telah menghalang wartawan-wartawan antarabangsa daripada memasuki Gaza yang menjadikan ia sebagai penutupan media paling berbahaya dalam sejarah moden.
Pada saat ini, ratusan wartawan Palestin telah disasar dan dibunuh secara sengaja oleh rejim Israel, sementara ramai lagi dalam kalangan mereka yang dipenjara dan dibisukan.
Bersama kapal inilah kami mencabar pembisuan tersebut.
Kami menghantar sebuah kapal untuk mempertahankan kebebasan media, membawa wartawan antarabangsa dan petugas perubatan bagi berdiri bersama wartawan serta tenaga kesihatan Palestin, yang tetap teguh melapor dan merawat mangsa di tengah ancaman genosid, meskipun sistem kesihatan Gaza sedang dimusnahkan secara sistematik oleh penjajah Israel.