Lawatan sambil belajar ke Kompleks Nasyrul Quran

Hari ini sempena Hari Kemanusiaan Sedunia, MyCARE membawa para pelajar Tahfiz Al-Amin MyCARE untuk lawatan penuh bermakna ke Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya.

 

Di sebalik status mereka sebagai pelarian Rohingya, anak-anak ini adalah generasi harapan yang sedang mendalami Al-Quran dengan penuh kesungguhan.

 

Lawatan ini bukan sekadar memberi pengalaman baharu, tetapi juga menanam rasa bangga dalam diri mereka bahawa perjuangan menuntut ilmu adalah satu bentuk kemanusiaan yang mulia.

 

Program ini adalah contoh nyata bagaimana solidariti itu diterjemahkan melalui pendidikan.

 


 

 

 

 

 

 

MyCARE percaya setiap anak, tanpa mengira bangsa atau status, berhak mendapat ilmu, peluang dan kasih sayang.

 

Dengan sokongan masyarakat Malaysia, MyCARE berusaha membuka ruang buat pelajar Tahfiz Al-Amin membina keyakinan diri dan menghargai keindahan Al-Quran.

 

Hari ini kita raikan nilai kemanusiaan dengan menjunjung ilmu Al-Quran sebagai panduan.

 

Ayuh kita terus suburkan kasih sayang dan harapan untuk mereka yang memerlukan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.