Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Daging tin tuan-tuan dan puan-puan telah sampai ke tangan saudara-saudara kita di Gaza.
Penghantaran daging tin ini melalui pintu Rafah dan telah diagihkan di Gaza City pada 9 – 10 Januari 2026.
Sebuah keluarga menerima 4 tin daging dengan jumlah 9,450 keluarga telah mendapat manfaat daripada 37,800 tin bersamaan 1,800 bahagian (1 bahagian = 21 tin).
Tarikh pelaksanaan: 7 Jun 2025 – Rajahmundry City, India
Jumlah haiwan qurban: 257 ekor
FASA PENGETINAN
Jumlah bahagian qurban: 1,800 bahagian
Jenis bungkusan: Daging lembu dalam tin 800 gram
Jumlah tin: 37,800 tin
Jumlah kotak: 3,150 kotak
Status pengeluaran: Proses pengetinan selesai 20 Ogos 2025
Tempoh inkubasi: 10 hari untuk pastikan kualiti dan keselamatan makanan
Penghantaran ke Jordan:
Dijangka dihantar awal September
Tiba antara 7 – 10 September 2025
Penghantaran ke Gaza: Akan dihantar sebaik pintu lintasan dibuka atau peluang sesuai diperoleh
Pakej tin akan melalui beberapa fasa iaitu:
Fasa Qurban, Melapah, Packing: Selesai
Fasa Eksport ke UAE: Selesai
Fasa Pengetinan di UAE: Selesa
Fasa Eksport ke Mesir/Jordan: Selesai
Fasa Agihan di Gaza: Oktober – Disember 2025
Fasa Laporan: Disember 2025
Alhamdulillah, selesai fasa agihan bagi pakej tin.
Jazakumullahu khairan kathira kepada semua peserta pakej tin kerana memberi kepercayaan kepada pihak MyQurbani menjalankan amanah anda.
Semoga Allah merahmati dan memberikan sebaik-baik ganjaran kepada semua atas keprihatinan membantu saudara-saudara kita di Gaza.
Pastinya para penerima tidak putus-putus mendoakan anda.
Jazakumullahu khairan kathira.