KUALA LUMPUR, 3 Nov 2016 – Dr. Fauziah Mohd Hasan serta CEO MyCARE, Tn Hj. Kamarul Zaman bin Shaharul Anwar telah dipanggil untuk bertemu dengan Duta Besar Palestin di Malaysia.

Beliau yang berasal dari Gaza mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan yang padu untuk isu Palestin. Beliau juga memuji usaha Women’s Boat to Gaza untuk memecahkan kepungan Gaza yang memasuki tahun ke 10.
Beliau menekankan kepentingan untuk semua pihak bersatu memecahkan kepungan Gaza, serta memerdekakan rakyat Palestin secara keseluruhannya dari penjajahan Zionis Israel.
Kempen Bencana Sumatera
Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu