Telah berlangsung pelancaran kempen baby bags di antara Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) dengan rakan kerjasama strategik Klinik AJWA di Yayasan Restu Shah Alam, Disember lalu.
Pek bantuan ini mengandungi susu formula dan pampers susulan laporan OCHA bahawa 92 peratus bayi berusia antara enam bulan hingga dua tahun, bersama ibu mereka, tidak mendapat keperluan pemakanan asas yang minimum, mendedahkan mereka kepada risiko kesihatan jangka panjang yang serius.
Pek bantuan ini mengandungi bekalan susu formula selama satu bulan dan pampers yang berjumlah RM750 setiap satu pek. MyCARE menyasarkan 500 pek bayi berjumlah RM375,000 keseluruhannya.
Terkini, jutaan pendudk di Gaza juga berdepan keadaan yang mengancam nyawa akibat musim sejuk yang melampau terutama bayi dan kanak-kanak.
MyCARE mengadakan kerjasama strategik dengan Klinik AJWA bagi mengumpul dana sebanyak RM100,000 ringgit khusus untuk bantuan pek bayi di Gaza.
Untuk salurkan sumbangan boleh layari mycare.qrd.by/ajwa atau terus ke akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad (CIMB Islamic 8602 135 592).