MyCARE berbesar hati menerima sumbangan 15 Water Jet Pump, 15 hos air dan 30 helai tshirt dari syarikat multinasional Kärcher Malaysia dengan kerjasama CleanHero untuk Misi Bantuan Banjir Pulau Pinang .
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengurus Besar Karcher Malaysia, Mr. William Kiew kepada Ahli Pemegang Amanah MyCARE, Dr. Tahir Abd Rahman dan Pengurus Besar Operasi, Pn Roha Hasan disaksikan Pengarah Urusan CleanHero, En Mahfuz dan En Najmuddin.
Lagi gambar-gambar di album MyCARE
MyCARE akan menghantar bantuan tenaga sukarelawan sebanyak 2 bas yang akan bertolak ke Pulau Pinang pada malam ini.
MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kärcher Malaysia dan CleanHero atas keprihatinan dan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir.
Untuk membantu mangsa-mangsa banjir, anda boleh sampaikan sumbangan di http://www.billplz.com/banjirutara
[PalestinDiserang] UNTUK SIARAN SEGERA – 9 Jun 2025
Catania, Sicily, Itali – Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan bahawa kapal milik awam, Madleen, yang membawa bekalan bantuan kemanusiaan ke Gaza telah diserang/dipintas secara paksa