Hari ke-2 Kembara Korban Vietnam 2018

Tanggal 21 Ogos 2018 adalah bersamaan 10 Zulhijjah 1489H di Vietnam. Kami mulakan aktiviti kembara dengan solat sunat Aidil Adha di Masjid Phuoc Nhon bermula pada pukul 7 pagi.
Selesai solat sunat, acara ibadah korban dimulakan pada pukul 9 pagi. Sebanyak 2 ekor lembu ditumbangkan hasil penyertaan sebahagian daripada peserta kembara korban ini.
Lembu yang pertama disembelih oleh seorang pendakwah di kawasan ini. Manakala lembu kedua disembelih sendiri oleh salah seorang peserta kembara; En. Satah bin Sultan.


Pada pukul 11 pagi, kami mula bergerak ke banday Tay Ninh yang mengambil masa 8 jam dengan bas.
Pada pukul 2.30 petang, kami berhenti makan dan solat di Kampung Ca-ku Ba, sebuah perkampungan Islam yang mempunyai 878 keluarga Muslim. Terdapat 2 buah surau dan sebuah masjid di sini.
Kami dihidangkan dengan lauk-pauk masakan tempatan dan buah-buahan yang segar.
Akhirnya kami tiba di hotel penginapan pada pukul 9.45 malam selepas selesai aktiviti untuk hari kedua kembara korban.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

UNTUK SIARAN SEGERA – 9 Jun 2025

Catania, Sicily, Itali – Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan bahawa kapal milik awam, Madleen, yang membawa bekalan bantuan kemanusiaan ke Gaza telah diserang/dipintas secara paksa

Misi Kemanusiaan MyCARE 2025

Nepal, Filipina, Kemboja adalah antara negara yang bantuan kemanusiaan oleh MyCARE tiba kepada penerima yang memerlukan sejak beberapa tahun yang lalu.   Antara projek yang