Grand Iftar with Orphans

“Sesungguhnya di syurga terdapat ruangan yang bahagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan solat di kala kebanyakan manusia tidur.” (HR. At Tirmidzi no.1984)
 
Ramadan kali ini, MyCARE akan mengadakan Program ‘Grand Iftar with Orphans’ pada 13 April 2023 bersamaan dengan 22 Ramadan 1444H. Program berbuka puasa ini akan disertai oleh 2,000 orang anak-anak yatim dan asnaf di Gaza, Palestin. Manakala di Malaysia 1,000 anak-anak yatim dan asnaf akan terlibat.
 
Kami turut merancang untuk berkongsi berkaitan program ini dengan para penaja secara langsung (LIVE) menerusi media sosial MyCARE.
 
Para penaja dan dermawan yang ingin turut serta menaja iftar anak-anak yatim ini boleh menyalurkan tajaan tersebut dengan menekan link berikut dan memilih RM100 untuk tajaan iftar sekumpulan anak yatim ATAU sedekah Ramadan serendah RM20 untuk tajaan iftar seorang anak yatim.

 
https://mycare.qrd.by/myramadan
 
Manakala, untuk menaja nak yatim secara bulanan atau tahunan, boleh layari:
https://bit.ly/m/DaftarTaja
 
“Ramadan Kita, Nikmat Bersama”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan makanan Kemboja

Konflik sempadan antara Kemboja dan Thailand telah menyebabkan lebih daripada setengah juta orang dipaksa meninggalkan rumah mereka dan menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan asas mereka