[ForTheChildrenofGaza] Misi berlepas dari Ireland

Ayuh sama-sama kita titipkan doa buat dua orang wakil Malaysia di atas kapal Handala – Haji Isa Maarof dan Ibrahim Adham, yang baru sahaja memulakan pelayaran dari Cork, Ireland menuju ke Gaza.

 

Mereka berlepas pada jam 8 malam (UK) / 3 pagi (Malaysia).

 

Mereka bersama aktivis daripada pelbagai negara Eropah belayar dalam misi untuk memecahkan kepungan ke atas Gaza.

 

Misi ini diberi nama For The Children of Gaza, demi anak-anak di Gaza.

 

 
Kini mereka sedang menuju ke pelabuhan seterusnya di Brest, Perancis.
 
Doakan pelayaran mereka di bawah perlindungan Allah SWT. Dikhabarkan laut sangat bergelora. Minggu lalu pelayaran ke London dan Jersey terpaksa dibatalkan ekoran cuaca buruk.
 

Ikuti perjalanan misi mereka di:

 

@gazafreedomflotilla
@mycare.hq
@ibrahimjugger

 

Fi amanillah.

 

Bon voyage!

 

Untuk menyumbang ke Tabung Misi Flotila ke Gaza, klik: https://mycare.qrd.by/misiflotillagaza

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.