Flotilla gelombang ketiga

Selepas Madleen yang dinaiki Greta Thunberg ditahan, kemudian inisiatif antarabangsa Global Sumud Flotilla, kini gelombang ketiga menyusul membawa wartawan antarabangsa, pakar perubatan, ahli Parlimen serta aktivis kemanusiaan untuk masuk ke Gaza di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) and Thousand Madleens to Gaza (TMTG).

 

Sebanyak 10 bot telah berlepas pada 27 September 2025 dari Itali di bawah FFC x TMTG manakala kapal Conscience telah dilancarkan di Porto Otranto, Itali dan para peserta telah berlepas pada 30 September 2025.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

Delegasi Malaysia yang berada dalam misi ini adalah:

 

Kapal layar Umm Saad (TMTG)
– Dr. Maziah binti Mohammad (Doktor Perubatan)

 

Kapal Conscience
– Prof Emeritus Dr. Mohd Alauddin Mohd Ali (Ketua Delegasi Malaysia)
– Dr. Fauziah Hassan (Doktor Perubatan)
– Dr. Hafiz Sulaiman (Doktor Perubatan)
– Dr. Ili Syakira Mohd Suhaimi (Doktor Perubatan)
– Syafik Shukri Abdul Jalil (Wartawan ASTRO Awani)
– Prof Dr. Mohd Afandi Salleh (Pensyarah)
– Dr. Noorhasyimah Ismail (Pensyarah)
– Puan Norsham Abu Bakar (Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE)

 

Kami memohon rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan sepenuhnya dan membuat sebaran pelayaran ini.

 

Gaza sedang memerlukan para pakar perubatan dan wartawan untuk menunjukkan keadaan sebenar di sana.

 

Doakan agar misi ini berjalan dengan lancar.

 

Boleh lihat tracker secara live di sini https://thousandmadleens.fr/tracker/

 

*Misi ini merupakan misi flotilla kedua selepas ditahan askar rejim Israel bagi Dr. Fauziah Mohd Hassan (2016) dan Prof Dr. Mohd Afandi Salleh (2018).

2 comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan makanan Kemboja

Konflik sempadan antara Kemboja dan Thailand telah menyebabkan lebih daripada setengah juta orang dipaksa meninggalkan rumah mereka dan menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan asas mereka