Faizal: Usahawan PEKB 2025 yang konsisten, rajin dan tidak jemu mencari ilmu

Faizal merupakan seorang usahawan yang sentiasa konsisten dalam menjaga kualiti setiap produk yang dihasilkannya agar sentiasa sedap, segar dan laku dijual setiap hari. Beliau adalah salah seorang peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2025 MyCARE x KPKT, dan kini menjadi antara contoh kejayaan di kalangan peserta.

 

Antara produk jualan utama beliau ialah roti manis dengan pelbagai inti, pizza, bun, dan pelbagai jenis pastri lain. Menurut Faizal, beliau berjaya mencapai purata jualan sekitar RM4,000 sebulan, hasil pemasaran yang aktif di kafeteria hospital, Kedai Mesra Petronas, kedai-kedai rakan, serta tempahan pelanggan setia dari masa ke semasa.

 

Kesungguhan Faizal disulami sifat rajin dan tekad untuk terus memperbaiki diri. Beliau sentiasa mencari ilmu, kemahiran dan penambahbaikan selari dengan firman Allah SWT:

 

“Dan orang-orang yang berusaha bersungguh-sungguh kerana Kami, pasti Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.”
(Surah al-‘Ankabut, 29:69)

 

Faizal merupakan peserta PEKB Miri yang bukan sahaja mencapai sasaran, tetapi turut menjadi contoh dalam semangat pembelajaran berterusan. Beliau meraih pelbagai ilmu keusahawanan, kewangan dan pembangunan produk melalui PEKB, sekaligus berkongsi manfaat tersebut kepada rakan-rakan lain. Sifat ini sangat dekat dengan hadis Rasulullah SAW:

 

“Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia.” (Riwayat al-Tabarani)

 


 

 

 

 

Sepanjang penyertaannya, Faizal sentiasa bersedia untuk dibimbing dan dipantau. Beliau amat mementingkan aspek kebersihan tempat penyediaan makanan serta memastikan pembungkusan produk berada dalam keadaan terbaik.

 

Dalam memenuhi permintaan harian, Faizal dibantu oleh isterinya yang sangat istiqamah, sabar dan sentiasa bersama dalam jatuh bangun perniagaan.

 

Secara keseluruhannya, produk yang dihasilkan Encik Faizal terkenal kerana rasanya yang sedap, berkualiti, bersih dan menepati cita rasa pelanggan.

 

Rahsia kejayaan pasangan ini tidak lain tidak bukan ialah kerajinan, kesabaran, disiplin serta penjagaan kualiti yang tidak pernah berkompromi.

 

Sebagaimana pesan Nabi SAW:

 

“Sesungguhnya Allah mencintai seseorang yang apabila melakukan suatu pekerjaan, dia melakukannya dengan ihsan (sebaik-baiknya).”
(Riwayat al-Baihaqi)

 

Untuk menikmati roti, bun dan pastri yang enak ini, anda boleh membuat tempahan terus melalui Encik Faizal di talian: +60 14-688 6570

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.