Ernst & Young dan MyCARE hulur bantuan kepada Orang Asli Broga

Syarikat multinational Ernst & Young Malaysia dengan kerjasama MyCARE telah menyalurkan sumbangan pek makanan kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Broga.
Program kali ini adalah sebahagian daripada aktiviti CSR yang dianjurkan dari Department IT Ernst & Young Malaysia yang diketuai oleh Mr. Daniel Tee.










Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Sebanyak 67 buah keluarga telah menerima bantuan pek makanan yang bernilai RM100 bagi setiap pek. Pek makanan ini mengandungi beras 10kg, gula, garam, mee segera, Kari Adabi dalam tin, sardin, kicap, bihun, bawang putih, bawang merah, susu pekat, biskut dan minyak masak.
Pihak MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada kakitangan Department IT Ernst & Young atas kerjasama dalam membantu masyarakat Orang Asli.
Jika syarikat anda berminat untuk bekerjasama dengan MyCARE sama ada penyaluran sumbangan atau jemputan ceramah, anda boleh hubungi:
MyCARE HQ: 03-8941 2341/019-4815584 (Encik Luqman)
Email: relations@mycare.org.my
Nurturing Humanity, Making a Difference

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.