Dr. Fauziah bebas, tetapi 1.9 juta rakyat Gaza masih dipenjara

Sepang, 8 Okt 2016 – Dua orang wartawan al Jazeera merupakan ahli misi Zaytouna-Oliva Women’s Boat to Gaza (WBG) telah dibebaskan terlebih dahulu dan selamat mendarat di London dan Moscow. Dr. Fauziah dan 11 orang lagi ahli misi telah dibebaskan dan sampai di destinasi masing-masing semalam. Wendy Goldsmith, ahli kepada pasukan yang bertanggungjawab menguruskan pelepasan ahli misi WBG berkata: “Proses pelepasan mereka berlaku lebih awal berbanding flotila-flotila sebelum ini. Walaupun kami mempunyai pasukan peguam yang terbaik, kami mengesyaki sebab utama pelepasan ini disegerakan adalah liputan negatif yang diterima oleh Israel ekoran tindakan mereka menahan ahli misi secara haram. Antaranya termasuklah desakan daripada bintang rock popular, Pink Floyd.”
Menurut laporan awal daripada ahli misi yang telah dibebaskan, ketika mereka ditawan kapal Zaytouna-Oliva telah dikelilingi oleh 2 kapal perang dan 4-5 kapal laut kecil. Tentera rejim Israel juga mengarahkan agar kapal Zaytouna-Oliva menghentikan pelayarannya ke Gaza. Apabila arahan mereka enggan dipatuhi, sekurang-kurangnya 7 tentera Israel, lelaki dan wanita, telah merampas kapal kami di perairan antarabangsa. Ketika mereka ditangkap, ahli misi menegaskan bahawa tindakan Israel itu salah di sisi undang-undang dan mereka ditawan tanpa kerelaan.







Kami juga ingin menegaskan bahawa walaupun penawanan ahli-ahli misi telah berakhir, lebih 1.9 juta rakyat Palestin di Gaza masih terus ditawan. Istilah ‘aman’ telah digunakan oleh sebahagian media untuk menggambarkan rampasan dan tangkapan yang berlaku. Ini tidak tepat. Keamanan adalah lebih daripada sekadar ketiadaan tindakan fizikal. Penindasan, penjajahan, penafian hak asasi manusia, dan rampasan bot wanita yang tidak bersenjata tanpa kerelaan mereka bukan satu tindakan aman. Lebih-lebih lagi apabila tentera Israel melakukan serangan udara ke atas Gaza ketika kapal mula menghampiri wilayah itu. Women’s Boat to Gaza dan Freedom Flotilla Coalition (FFC) akan terus belayar ke Gaza sehingga Palestin bebas dan merdeka.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju

Hadiah Baju Raya Nepal

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Nepal di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 175 set Hadiah Baju

Baju raya anak yatim Sudan

Alhamdulillah, MyCARE telah memberikan kegembiraan buat 100 orang anak yatim di Kassala, Sudan melalui agihan Hadiah Baju Raya.   Setiap kanak-kanak menerima pakaian yang disediakan