MyCARE dengan kerjasama pasar raya Econsave dalam kempen Medical4Gaza telah memberikan 160 cermin mata kepada kanak-kanak dan dewasa di bawah kategori keluarga miskin. Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Haifa Medical Center di Gaza.
Keperluan bercermin mata oleh kebanyakan penduduk Gaza yang miskin terpaksa dilupakan demi menyara kehidupan seharian.
Penerima seramai 160 orang ini sangat teruja dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang telah bersama dalam kempen Medical4Gaza terutamanya pasar raya Econsave.
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”




