MyCARE tahun ini menyantuni warga kerja Hospital Rehabilitasi Cheras melalui sumbangan bakul makanan sempena perayaan Deepavali bagi tahun 2025 sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan dedikasi mereka dalam memberikan perkhidmatan kesihatan dan pemulihan kepada masyarakat.
Program ini turut diserikan dengan sesi ramah mesra bersama penerima bantuan alat sokongan MyPrihatin, yang memberi ruang untuk berinteraksi secara lebih dekat, mendengar perkongsian pengalaman serta memahami keperluan sebenar golongan yang menerima manfaat bantuan tersebut.
Diharapkan sumbangan dan sesi kebersamaan ini bukan sahaja dapat menceriakan sambutan perayaan, malah menjadi pemangkin semangat, menyemai nilai keprihatinan serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua pihak.
Terima kasih kepada semua penyumbang dan pihak yang menjayakan program ini. Teruskan menyumbang kepada MyCARE!
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”