Bina Semula Gaza 2023

Serangan rejim Zionis Israel ke atas Gaza telah menyebabkan kemusnahan yang besar ke atas wilayah kecil itu.
 
Bukan sekali Gaza dibedil. Tapi berkali-kali.
 
2008.
2009.
2012.
2014.
2021.
Yang terbaru Ogos 2022.
 
Bukan rumah sahaja yang musnah. Hospital, sekolah, taman permainan kanak-kanak, gedung-gedung, kilang serta kawasan pertanian dan penternakan turut musnah.
 
Sekatan ekonomi sejak tahun 2007 pula telah menyebabkan kadar kemiskinan dan pengangguran di Gaza antara yang tertinggi di dunia.
 
Mana tidaknya. Sekatan menyebabkan gedung-gedung dan kilang yang musnah tidak dapat bangkit semula kerana sekatan ke atas barang-barang binaan dan alat ganti kepada mesin-mesin yang perlu dibaiki.
 
Perit. Sangat perit hidup mereka.
 
Sebab itu kami ingin mengajak anda semua untuk kita sama-sama bina semula Gaza.
 
Kita baik pulih semula rumah yang rosak agar mereka ada tempat berlindung.
 
Kita baik pulih semula tanah-tanah pertanian agar para petani dapat mengusahakan semula tanaman mereka.
 
Kita bekalkan mereka dengan teknologi solar dan penyahgaraman air supaya mereka tidak perlu bergantung kepada ihsan rejim Zionis untuk bekalan air bersih dan elektrik.
 
Kita bangunkan program keusahawanan digital untuk buka peluang pekerjaan kepada graduan-graduan di Gaza.
 
Kita bina semula kehidupan mereka yang masih trauma dengan segala keganasan yang berlaku.
 
Kita beri sinar harapan kepada mereka bahawa hari esok lebih baik daripada hari ini.
 
Memang sukar tapi tidak mustahil. Hanya sahaja kita mahu berikhtiar ke arahnya. Selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha Pencipta. Dialah sebaik-baik penentu.
 
Kepada anda yang ingin bersama-sama gerombolan kami yang super optimis ini, boleh KLIK untuk Bina Semula Gaza:
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin
 
Sebar-sebarkan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.