Bagi ribuan keluarga pelarian di G, azawaktu malam adalah waktu yang bahaya: angin sejuk, dan hujan tanpa perlindungan yang mencukupi kerana kebanyakan mereka sekarang tinggal di khemah atau penempatan sementara.
Menurut laporan United Nations Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA), lebih 13,000 buah keluarga terkesan akibat banjir dan hujan lebat; ribuan khemah dan tempat tinggal sementara telah rosak, dan ribuan lagi memerlukan bantuan segera.
Tanpa selimut tebal atau perlindungan musim sejuk, banyak keluarga terutama kanak-kanak dan warga tua akan berdepan risiko sesak pernafasan, hipotermia, atau komplikasi kesihatan lain akibat kesejukan, hujan dan keadaan lembap.
Kami di MyCARE menyeru anda untuk bersama hulurkan bantuan berupa selimut tebal. Dengan bantuan anda, kita boleh:
– Memberi kehangatan dan perlindungan sewaktu malam bagi keluarga yang tinggal di khemah atau penempatan sementara.
– Mengurangkan risiko penyakit dan kesihatan serius akibat sejuk, hujan dan persekitaran lembap.
– Memberi rasa selamat kepada mereka yang kini kehilangan rumah dan perlindungan asas.
Tiada sumbangan terlalu kecil. Sebuah selimut tebal mungkin nampak sederhana tetapi bagi seorang ibu, seorang anak, seorang warga tua di Gaza, ia boleh membawa kehangatan dan perlindungan.
Ayuh bantu saudara kita di Gaza hadapi musim paling mencabar ini.
Ayuh bersedekah sekarang:
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin
Bersama kita bina semula Gaza.
Kempen Bencana Sumatera
Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu