Bekalan makanan untuk foodbank Masjid Semenyih & Masjid Taming

Demi meringankan beban rakyat Malaysia yang terkesan, MyCARE bertindak mengagihkan sumbangan para dermawan kami ke 2 foodbank di komuniti setempat di Semenyih dan Balakong.

Foodbank ini merupakan inisiatif Masjid Taming Jaya, Kajang dan Masjid Semenyih.

Antara barangan yang disumbangkan bagi setiap foodbank adalah:

Beras 5kg – 30 pek
Minyak 1L – 20 peket
Tepung – 20 peket
Bihun – 20 peket
Gula 1kg – 20 peket
Sardin (besar) – 20 tin
Garam – 10 peket
Teh (20 uncang) – 20 kotak
Kopi (kecil) – 20 peket
Ubat gigi (dewasa) – 10 kotak
Sabun mandi – 30 pek

MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menyumbang melalui MyCARE dalam Tabung Bangkit COVID-19.

Dalam masa yang sama, kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama kami dalam Tabung Bangkit COVID-19 untuk membantu frontliners dan rakyat Malaysia yang terkesan. Bantuan ini merangkumi dari aspek peralatan, pendidikan, makanan dan lain-lain.

Rakyat Malaysia yang prihatin boleh menyalurkan sumbangan anda ke:
https://mycare.qrd.by/covid

Suka untuk kami kongsikan pengurusan sumbangan anda melalui MyCARE diuruskan dengan amanah. Kami di-audit oleh top 5 firma terbaik antarabangsa iaitu firma BDO serta laporan kewangan boleh didapatkan di SSM setiap tahun.

Pengiktirafan lain seperti pengiktirafan dari Bank Negara Malaysia dan United Nation boleh rujuk di laman web MyCARE.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Laporan Pencapaian MyQurbani 2025

Assalamualaikum wbt,Segala puji bagi Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang dengan izinNya, MyQurbani 2025 telah berjaya dilaksanakan bagi tahun yang ke 27.

[PalestinDiserang] Makanan panas untuk Gaza

Di tengah konflik kemanusiaan di Selatan Gaza, MyCARE dan SPANCH telah melaksanakan satu inisiatif yang dipanggil Al-Takiyah: penyediaan makanan harian untuk keluarga rentan.   Selama

MyCARE Road Tour 2025

MyCARE Road Tour (MRT) kembali lagi dengan tema Bersamamu Palestin.Pelbagai aktiviti menarik akan menemui anda di MyCARE Negeri seluruh Malaysia.Simpan tarikh-tarikh penting berikut. MRT 3.0