Bekalan makanan untuk 3 foodbank

Demi meringankan beban rakyat Malaysia yang terkesan, MyCARE bertindak mengagihkan sumbangan para dermawan kami ke 3 foodbank di komuniti setempat di Semenyih, Bangi dan Seri Kembangan.

Foodbank ini merupakan inisiatif Masjid Bandar Rinching, Semenyih, Masjid Sungai Merab Dalam dan Surau Al-Islah, Sungai Merab, Bangi, dan Surau Nurul Al-Ikhlas, Putra Permai, Seri Kembangan.

Antara barangan yang disumbangkan bagi setiap foodbank adalah:

Beras 5kg – 30 pek
Minyak 1L – 20 peket
Tepung – 20 peket
Bihun – 20 peket
Gula 1kg – 20 peket
Sardin (besar) – 20 tin
Garam – 10 peket
Teh (20 uncang) – 20 kotak
Kopi (kecil) – 20 peket
Ubat gigi (dewasa) – 10 kotak
Sabun mandi – 10 pek

MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menyumbang melalui MyCARE dalam Tabung Bangkit COVID-19.

Dalam masa yang sama, kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama kami dalam Tabung Bangkit COVID-19 untuk membantu frontliners dan rakyat Malaysia yang terkesan. Bantuan ini merangkumi dari aspek peralatan, pendidikan, makanan dan lain-lain.

Rakyat Malaysia yang prihatin boleh menyalurkan sumbangan anda ke:
https://mycare.qrd.by/covid

Suka untuk kami kongsikan pengurusan sumbangan anda melalui MyCARE diuruskan dengan amanah. Kami di-audit oleh top 5 firma terbaik antarabangsa iaitu firma BDO serta laporan kewangan boleh didapatkan di SSM setiap tahun.

Pengiktirafan lain seperti pengiktirafan dari Bank Negara Malaysia dan United Nation boleh rujuk di laman web MyCARE.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.