BAY MyCARE 2025: Biskut Kasih Untuk Dia

Berkongsi Itu Indah.

Tahun ni berapa balang kuih raya yang sudah ditempah? Nak masak ke nak beli? Alhamdulillah untuk yang ada pilihan. Boleh ada sampai puluhan balang kuih raya.

Tapi, berbeza bagi yang tiada. Biskut raya bukanlah keutamaan mereka.

Sebab itu, saya dan rakan-rakan sibuk menyediakan “Biskut Kasih Untuk Dia”.

Insya Allah mulai 1 sampai 30 Mac ini, kami nak sedia dan agihkan 5,000 balang kuih raya untuk anak-anak yatim dan asnaf di Bintulu, Lembah Klang, Miri dan Sandakan.

Siapa pulak yang akan menyediakan 5,000 balang Biskut Kasih ni? Yang akan sediakan adalah team MyCARE bersama sukeralawan dari kalangan ibu tunggal, asnaf, B40, staff, peserta dan trainer PEKB.

Memberikan sebalang dua kuih raya kepada anak yatim dan asnaf bukan sekadar pemberian makanan, tetapi mencerminkan nilai keikhlasan, persaudaraan dan kepedulian.

– Kongsi Kebahagiaan – Kuih raya bukan sekadar makanan, tetapi simbol kegembiraan untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

– Bentuk Sedekah dan Keprihatinan – Nampak simple tapi membantu golongan anak yatim dan asnaf adalah satu amalan mulia. Walaupun hanya sebalang kuih, ia menunjukkan keprihatinan terhadap mereka yang memerlukan.

– Erti Ukhuwah dan Keterangkuman – Sebalang Biskut Kasih boleh mengeratkan hubungan dengan komuniti dan memastikan tiada yang merasa tersisih dalam sambutan perayaan.

Jadi, sebalang kuih raya, “Biskut Kasih Buat Dia” bukan sekadar makanan, tetapi simbol kasih sayang, empati, dan semangat berkongsi rezeki.

Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah tali persaudaraan dan solatlah di waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sekecil mana pun pemberian kita, ia tetap besar di sisi Allah jika dilakukan dengan ikhlas.

Kalau nak join projek, “Biskut Kasih Untuk Dia”, boleh klik je link berikut:
https://mycare.qrd.by/bay

Atau menaja anak yatim secara bulanan / tahunan di
http://donate.mycare.org.my/sponsorship

Untuk maklumat lanjut, hubungi :
Ruhaiza
+603-8941 2341
+6013-744 4760

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.