Bantuan Ramadan untuk pelarian Rohingya di Cox’s Bazaar

Menyedari derita pelarian Rohingya di Cox’s Bazaar, Bangladesh, pihak Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menyalurkan sumbangan bernilai RM50,000 sempena bantuan Ramadan berupa pek makanan kepada 450 buah keluarga di Kem Kutupalong, Cox’s Bazaar.
Bekalan pek makanan ini mengandungi 9 jenis bahan iaitu 10kg beras, 2kg kacang dhal, 2kg gula, 2liter minyak masak, 1kg garam, 1kg kurma, 2kg kacang kuda, 2kg mee dan makanan yang lain. Penerima manfaat begitu gembira menerima bantuan pek makanan ini lebih-lebih lagi di bulan puasa.



Lagi gambar-gambar di album Nusantara Care
Mereka mendoakan kesejahteraan para penyumbang Malaysia atas keikhlasan berkongsi rezeki bersama mereka.

JUTAAN TERIMA KASIH kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang di dalam kempen MyRamadan tahun ini. Bekalan ini dianggarkan mampu bertahan selama 2 minggu dan pastinya mereka memerlukan bekalan makanan berterusan demi kelangsungan hidup.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita memerlukan bantuan. Jom bersama kami membantu mereka!
Ayuh hulurkan bantuan anda di https://www.billplz.com/myramadan
Atau salurkan sumbangan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’
Maybank Islamic: 5642 5856 0698
Bank Islam: 1209 20100 34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
Maklumkan ke emel:
myramadan@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282.
Reference: myramadan
Semoga Allah merahmati para penyumbang sekeluarga dan melipat gandakan rezeki, insya Allah. Semoga gandaan pahala di bulan Ramadan ini menguntungkan kita di akhirat kelak.
“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.”
– HR Bukhari dan Muslim
“Ramadan Kita, Nikmat Bersama”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.