Bantuan Perubatan kepada pesakit di Palestin [Winter Relief 2020]

Terimalah kasih!

MyCARE Gaza dengan kerjasama The Union of Health Care Committees telah menyalurkan 90 beg keperluan ubat-ubatan kepada 4 kategori pesakit yang memerlukan dalam kempen Winter Relief 2020-2021 di Palestin.

Empat kategori tersebut adalah:

1. Kanak-kanak yang menghidapi asma
2. Warga emas yang menghidapi penyakit kronik
3. Warga emas yang menghidapi diabetes
4. Kanak-kanak Cerebral Palsy

Alhamdulillah. Mereka sangat gembira dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan penyumbang MyCARE. Jazakumullahu khayr!

Untuk penyaluran Winter Relief kali ini, MyCARE juga menghantar bantuan pakaian tebal, selimut, tilam, serta memasang kain nylon bagi menutupi atap zink rumah keluarga-keluarga miskin yang bocor bagi mengelakkan air hujan.

Penyaluran sebelum ini juga termasuk bantuan makanan, kelengkapan sekolah, dan lain-lain.

Selimutkan mereka, hangatkan mereka, dan berikan nutrisi terbaik untuk anak-anak di sana. Salurkan sumbangan anda ke

http://mycare.qrd.by/winter

ATAU

Humanitarian Care Malaysia Berhad

CIMB Islamic: 86-0213559-2

Sertakan bersama ref ‘WR20′ dan emailkan ke account@mycare.org.my atau WhatsApp / Telegram slip sumbangan anda ke +60166366369 (Pn. Ila)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.