Bantuan pek makanan kepada Veteran PDRM

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2021 – Mengambil momen Hari Pahlawan dan bulan Kemerdekaan, MyCARE mengambil inisiatif untuk menyalurkan bantuan kepada para veteran pasukan keselamatan bagi mengenang jasa mereka yang telah berjuang demi kedaulatan negara dan berkhidmat untuk masyarakat Malaysia.

MyCARE telah dan sedang menyalurkan sumbangan pek makanan kepada 8 pasukan keselamatan iaitu TUDM, TLDM, PDRM, VAT 69, Bomba, ATM, Kastam dan Penjara.

Penyaluran ketiga telah diserahkan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia.

Sebanyak 100 pek makanan untuk 100 buah keluarga veteran TUDM diserahkan oleh CEO MyCARE, Tuan Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar yang disaksikan oleh Dato Haji Hussin Bin Awang Ngah, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia.

Para penerima manfaat terdiri daripada golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Pek makanan ini mengandungi beras, minyak, telur, tepung, bihun, gula, bawang, kentang, ikan bilis, susu pekat, teh, dan lain-lain.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka walaupun tidak tertanding dengan sumbangan besar mereka untuk negara. Diharap inisiatif ini menjadi tanda bahawa rakyat Malaysia tidak melupakan mereka yang telah berjasa.

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju

Hadiah Baju Raya Nepal

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Nepal di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 175 set Hadiah Baju

Baju raya anak yatim Sudan

Alhamdulillah, MyCARE telah memberikan kegembiraan buat 100 orang anak yatim di Kassala, Sudan melalui agihan Hadiah Baju Raya.   Setiap kanak-kanak menerima pakaian yang disediakan