Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.
Pada 1 Januari 2026, konvoi bantuan ini bergerak dari Kaherah ke Rafah sebelum memasuki Gaza, membawa sebanyak 1,920 kotak pek makanan. Bantuan ini diagihkan kepada keluarga yang sedang berdepan cuaca sejuk musim sejuk serta golongan rentan pada 16 dan 17 Januari 2026 di kem pelarian di Utara dan Bandar Gaza.
Menurut laporan rasmi PBB, lebih 1.6 juta penduduk Gaza masih dijangka menghadapi tahap ketidakjaminan makanan yang kritikal sehingga pertengahan tahun 2026.
Bantuan makanan dan sokongan asas kekal penting bagi mencegah kelaparan serta malnutrisi, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan keluarga yang terjejas teruk.
Penghantaran ini adalah sebahagian daripada Projek Pemulihan Gaza, satu misi kemanusiaan menyeluruh yang merangkumi sepuluh kategori bantuan utama untuk memenuhi keperluan asas.
Bantuan tersebut meliputi makanan panas, susu formula bayi, pendidikan, pakaian sejuk dan selimut, kanvas tarpaulin, bakul makanan asas, bekalan air bersih, perkhidmatan perubatan serta khemah.
Setiap sumbangan yang disalurkan telah membantu memastikan bantuan ini sampai ke kawasan yang paling terkesan. Ia bukan sekadar bantuan fizikal, tetapi satu usaha memulihkan Gaza yang telah lama diuji.
Sumbangan anda terus menjadi nadi kepada usaha ini. Bersama MyCARE, kita membantu memulihkan semula Gaza sedikit demi sedikit.
Ayuh bersedekah sekarang: