Sepanjang November 2025, MyCARE bersama rakan pelaksana Human Access telah menyalurkan bantuan musim sejuk kepada keluarga pelarian di Marib, Yaman. Melalui Winter Assistance Project, keperluan asas seperti pakaian, selimut dan peralatan tempat tidur telah diagihkan kepada 200 isi rumah, melibatkan seramai 1,220 orang individu.
Bantuan ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak dan warga emas daripada kesejukan serta membantu keluarga pelarian menghadapi musim sejuk dalam keadaan serba kekurangan. Bagi ramai penerima di kem Al-Tasamah, bantuan ini bukan sekadar barangan, tetapi tanda keprihatinan dan harapan di tengah krisis yang berpanjangan.
Terima kasih kepada para penyumbang yang bersama MyCARE memastikan bantuan musim sejuk ini sampai kepada mereka yang paling memerlukan.