Konflik sempadan antara Kemboja dan Thailand telah menyebabkan lebih daripada setengah juta orang dipaksa meninggalkan rumah mereka dan menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan asas mereka semasa pertempuran yang berlarutan pada akhir 2025.
Dalam respon kepada krisis ini, MyCARE melalui Asian Foundation for Education and Development Organization, Cambodia telah menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga yang terjejas.
Program ini telah membantu 180 buah keluarga di wilayah Koh Kong dan 100 buah keluarga di wilayah Kompot, memberikan sokongan kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal, sumber pendapatan dan kehidupan yang stabil akibat konflik.
Bantuan ini memberi kelegaan dan harapan kepada kanak-kanak, wanita dan warga emas yang sangat terdedah dalam menghadapi ketidakpastian hidup.
Terima kasih kepada semua penderma yang menyokong usaha ini dan membantu keluarga yang memerlukan dalam masa mencabar ini.