Bantuan khemah untuk rakyat Gaza

Di Gaza, ribuan keluarga kini hidup dalam kerumitan selepas rumah mereka musnah akibat serangan yang berterusan.

Dalam keadaan ini, tempat berlindung adalah keperluan paling mendesak. Tempat berlindung adalah perkara asas dalam hak asasi individu.

Pakej Bantuan Khemah ini akan memberi mereka tempat berlindung yang selamat, memberi mereka kehangatan dan privasi untuk hidup dengan lebih tenang dalam masa yang sukar ini.

Dengan keprihatinan bersama, anda boleh menyediakan sebuah khemah yang tahan cuaca, kalis air, dan kalis api, yang dapat menampung 6 orang.

Setiap khemah dilengkapi dengan alat penebat untuk kawalan suhu dan privacy partition yang membolehkan keluarga tersebut merasa lebih aman dan terlindung.

Anda juga boleh melihat bukti melalui laporan kem pelarian yang telah MyCARE tubuhkan. Satu lagi kem adalah dengan kerjasama Econsave, menjadikan 2 buah kem perlindungan di bawah MyCARE untuk saudara-saudara kita di sana.

Sebagaimana yang diajarkan dalam hadis Rasulullah SAW:

“Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Setiap khemah yang disediakan adalah satu langkah untuk membina semula kehidupan mereka yang terjejas oleh peperangan.

Marilah kita bersama-sama menunjukkan solidariti dan membantu mereka yang memerlukan di:

https://mycare.qrd.by/palestin

atau

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 135 592

Sila hantarkan bukti sumbangan ke email account@mycare.org.my atau WhatsApp ke http://wasap.my/60166366369

Semoga usaha kita diberkati dan menjadi sumber kekuatan bagi saudara-saudara kita di Gaza.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.