Anak yatim Afghanistan perlu bantuan kita

Peserta Misi Kemanusiaan MyCARE ke Afghanistan berpeluang menziarahi rumah anak yatim yang diuruskan oleh NGO EHSAS di bandar Kabul.

 

Seramai 30 orang anak-anak yatim ini kehilangan ayah mereka disebabkan peperangan.

 

EHSAS mengusahakan bantuan dari orang-orang yang tertentu di Afghanistan bagi menyediakan prasarana, keperluan anak-anak termasuk makanan, tempat tinggal, pakaian, keperluan buku sekolah, pendidikan tambahan di pusat serta menghantar mereka ke sekolah swasta berdekatan.

 


 

 

 

 

 

 

 

Dilaporkan anak-anak ini memerlukan penajaan sekitar USD70.00 sebulan untuk setiap individu dan dengan keadaan ekonomi Afghanistan yang masih dalam keadaan yang tidak baik, maka bantuan dari luar negara amat-amat diperlukan.

 

Untuk lawatan pertama ini, peserta misi telah menghulurkan sumbangan dan mengadakan aktiviti untuk mengembirakan mereka. MyCARE merangka untuk mendapatkan penajaan dan membantu pusat ini.

 

Pengurusan anak-anak yatim menyasarkan untuk menambah bilangan anak-anak yatim dan menaiktaraf prasarana di pusat ini.

 


 

 

 

Laporan dari Misi Kemanusian MyCARE ke Afghanistan.

 

Ayuh bersama ringankan beban mereka di:

 

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 13 5592
Rujukan: Afghanistan

 

Sila hantarkan maklumat ke email campaign@mycare.org.my atau Whatsapp ke wasap.my/60189089282

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.