78 tahun berlalu sejak tragedi Nakbah 1948, namun luka rakyat Palestin masih belum sembuh.
Hingga hari ini, jutaan warga Palestin terus hidup sebagai pelarian, dinafikan hak untuk kembali ke tanah air sendiri, dan berdepan penindasan yang tidak pernah berakhir.
Di Gaza, Tebing Barat dan kem-kem pelarian di Lubnan, kehidupan mereka dipenuhi kekurangan. Ada keluarga yang kehilangan rumah, anak-anak yang membesar dalam suasana konflik, dan warga emas yang masih menyimpan harapan untuk pulang ke bumi yang dirampas daripada mereka.
Antara simbol paling menyentuh dalam sejarah Nakbah ialah kunci rumah.
Kunci yang diwariskan dari satu generasi ke satu generasi sebagai lambang keyakinan bahawa suatu hari nanti mereka akan kembali membuka pintu rumah yang pernah menjadi milik keluarga mereka.
Sempena Hari Nakbah ini, marilah kita bersama menzahirkan solidariti melalui ibadah qurban.
Sama ada dengan menyertai Sedekah Daging Gaza atau melaksanakan ibadah qurban melalui Pakej Palestin, setiap sumbangan anda membawa kegembiraan dan rezeki kepada keluarga yang telah terlalu lama diuji.
Insya Allah, MyQurbani akan menyalurkan agihan daging qurban ke kawasan yang amat memerlukan seperti Gaza,, Tebing Barat dan kem pelarian Palestin di Lubnan.
Mungkin bagi kita, qurban adalah ibadah tahunan. Namun bagi mereka, ia adalah nikmat yang jarang dirasai dan bukti bahawa mereka tidak pernah dilupakan.
Sertai MyQurbani di:
https://mycare.qrd.by/myqurbani
Malapetaka 15 Mei 1948
An-Nakbah bermula pada tahun 1948, rentetan daripada pengisytiharan negara Israel. Secara paksa, lebih 750,000 rakyat Palestin dihalau keluar dari kampung halaman mereka, manakala ratusan bandar