[PalestinDiserang] UNTUK SIARAN SEGERA – 9 Jun 2025

Catania, Sicily, Itali – Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan bahawa kapal milik awam, Madleen, yang membawa bekalan bantuan kemanusiaan ke Gaza telah diserang/dipintas secara paksa oleh rejim Israel pada jam 3:02 pagi waktu Eropah (10:02 pagi, waktu Malaysia) ketika sedang berlayar di perairan antarabangsa di kedudukan 31.95236° N, 32.38880° E.

Kapal tersebut telah diceroboh secara haram, kru awam yang tidak bersenjata telah diculik, dan muatan penting yang menyelamatkan nyawa—termasuk susu formula bayi, bekalan makanan dan perubatan—telah dirampas.

“Israel tidak mempunyai bidang kuasa yang sah untuk menangkap mahupun menahan mana-mana sukarelawan antarabangsa yang berada di atas Madleen,” ujar Huwaida Arraf, peguam hak asasi manusia dan penganjur Freedom Flotilla.

“Rampasan yang dilakukan ini secara jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan mencabar perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menuntut akses kemanusiaan tanpa sebarang halangan ke Gaza.

Sukarelawan kami tidak tertakluk di bawah bidang kuasa Israel dan penghantaran bantuan kemanusiaan demi mencabar sekatan haram Israel bukanlah sebuah jenayah. Oleh itu, penahanan mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang dan harus dihentkan serta-merta”.

Israel sekali lagi bertindak dengan tanpa sebarang kebertanggungjawaban. Ia terus mengingkari perintah ICJ yang mengarahkan mereka untuk membenarkan kemanusiaan bantuan kemanusiaan tanpa halangan ke Gaza, dengan sengaja mengabaikan undang-undang antarabangsa yang melindungi pelayaran masyarakt awam serta menolak desakan komuniti dunia yang mendesak mereka untuk menghentikan kepungan haram dan genosid ke atas penduduk Gaza.

Tindakan agresif terbaru terhadap FFC ini berlaku susulan serangan dron tidak berasas oleh Israel ke atas kapal kami sebelum ini, Conscience, di perairan Eropah. Dalam serangan tersebut, empat sukarelawan awam cedera dan kapal mengalami kerosakan serius serta terbakar. Walaupun insiden itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa, tiada tindakan diambil terhadap Israel sehingga kini.

Kini, Israel sekali lagi meningkatkan serangannya dengan menyasarkan sebuah lagi kapal awam yang sedang menjalankan misi keamanan tanpa senjata dan hanya membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Ketika kapal Conscience dibom, kerajaan-kerajaan dunia memilih untuk berdiam diri. Kini Israel sedang menguji sempadan kebisusan itu sekali lagi,” kata Tan Safi, seorang lagi penganjur Freedom Flotilla. “Setiap jam tanpa tindakan membawa mesej bahawa Israel boleh terus menyerang orang awam, kakitangan bantuan dan menghancurkan asas-asas undang-undang antarabangsa tanpa menerima sebarang akibat.”

Oleh itu kami menuntut:

▪️Menghentikan kepungan haram di Gaza.
▪️Pembebasan serta-merta semua sukarelawan yang telah diculik.
▪️Penghantaran bantuan kemanusiaan secara terus kepada rakyat Palestin tanpa kawalan atau campur tangan kuasa penjajah
▪️Pihak yang bertanggungjawab atas serangan ketenteraan terhadap kapal Madleen dan Conscience mesti dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan mengikut undang-undang antarabangsa.

Kerajaan-kerajaan dunia mesti menunaikan tanggungjawab mereka di bawah undang-undang antarabangsa dan menghentikan sebarang bentuk penglibatan atau sokongan terhadap jenayah-jenayah yang dilakukan oleh Israel.

Kami tidak gentar. Kami akan tetap belayar lagi. Kami tidak akan berhenti selagi sekatan ini belum ditamatkan dan selagi mana Palestin belum dibebaskan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.