Bantuan terus dihulur

Kehidupan sebagai pelarian menjadikan seseorang itu mempunyai tahap kemahiran untuk survive yang tinggi. Ulya, seorang balu yang kematian suami kini terpaksa mengutip sampah, plastik, kotak-kotak bagi menyara keluarganya. Ulya tinggal di rumah using bersama abangnya yang sakit kronik.

Jika dilihat di halaman rumahnya, kelihatan banyak barangan recycle telah dikutip. Ulya terpaksa bekerja keras mengumpul sebanyak mungkin sebelum musim sejuk tiba. Apabila musim sejuk tiba, Ulya tidak dapat keluar kerana suhu yang sejuk melampau. Ini bermaksud, pendapatannya juga tiada ketika musim sejuk.

Data yang kami perolehi mengenai Ulya adalah beliau tidak mempunyai kad perubatan, sewaan rumah 200 lira dan bil air dan elektrik sebanyak 200 lira.

Delegasi MyCARE telah menyampaikan bantuan Musim Sejuk 2021 kepada keluarga Ulya bagi meringankan beban mereka.

Ayuh teruskan membantu saudara-saudara kita yang memerlukan di:
https://mycare.qrd.by/winter

atau melalui transfer di dalam talian:

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic 8602 13 5592

Rujukan: Winter Relief

Hantar bukti sumbangan ke:

WhatsApp – 016 636 6369 atau
winterrelief@mycare.org.my

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.