MyCARE laksanakan tender terbuka di Gaza untuk dapatkan nilai terbaik bagi sumbangan rakyat Malaysia

Semalam, MyCARE berkongsi operasi โ€˜Aid Convoyโ€™ penyaluran bantuan makanan kepada 24,000 penduduk miskin Gaza yang melibatkan 4000 pek makanan keluarga yang diagihkan ke seluruh Gaza dengan 10 buah trak. Perancangan dan perlaksanaan operasi ini mengambil masa lebih sebulan.

Sebagai sebahagian dari ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—น๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€-๐˜๐—ฎ๐—ฑ๐—ฏ๐—ถ๐—ฟ ๐—ธ๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐— ๐˜†๐—–๐—”๐—ฅ๐—˜, ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ-๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ป๐˜†๐—ฎ, MyCARE telah mengadakan tawaran tender terbuka untuk program tersebut kepada pembekal-pembekal yang beroperasi di Gaza untuk membuat tawaran harga dan bekalan makanan yang keseluruhannya bernilai setengah juta ringgit.

Tawaran tender ini telah di iklankan di muka surat 3 di dalam akhbar utama di Gaza โ€œFelesteenโ€ pada 7 dan 8 Jun 2021. Dilampirkan gambar dan terjemahan iklan tender untuk rujukan bersama. Laporan penuh operasi โ€˜Aid Convoy : from Malaysia to Gazaโ€™ boleh diikuti di Facebook MyCARE

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—บ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ (๐— ๐˜†๐—–๐—”๐—ฅ๐—˜-๐—š.๐—ข.-๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿฎ/๐Ÿฌ๐Ÿฎ)
Pejabat MyCARE membuka tender kepada syarikat dan pembekal yang berkepakaran dan berdaftar dengan kerajaan untuk mengemukakan tawaran mereka dalam dokumen tender yang bertutup:

โ€œ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ธ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐—ท๐—ฒ๐—ธ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚ ๐—ฑ๐—ถ ๐—š๐—ฎ๐˜‡๐—ฎโ€

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

1. Petender mestilah salah satu syarikat yang beroperasi di Semenanjung Gaza dan berdaftar dengan kerajaan. Petender dikehendaki untuk mengemukakan salinan pelepasan cukai terakhir dan salinan pendaftaran komersial syarikat.
2. Harga tender adalah di dalam Dollar US termasuk cukai (VAT).
3. Semua harga yang ditetapkan oleh penender ke atas semua item tawaran dalam jadual kuantiti dan spesifikasi yang dikemukakan dianggap lengkap dan menyeluruh untuk menyelesaikan kerja yang diperlukan.
4. Harga yang ditawarkan adalah sah untuk jangkamasa minima 60 hari dari tarikh dokumen tender dibuka.
5. Dokumen bidaan boleh dibeli dari:

MyCARE โ€“ Pejabat Gaza,
Tingkat Lima, Bangunan Gardens,
Jalan Omar Al-Mukhtar.
[di seberang Taman Perbandaran]

dengan bayaran 200 syekel yang tidak akan dikembalikan, bermula dari hari Isnin 7/6/2021 hingga Selasa 8/6/2021 pada waktu pejabat. Pembelian tender diterima dari jam 8:00 pagi hingga 2:00 petang.
6. Tawaran hendaklah disertakan dengan jaminan kemasukan tawaran 10% dari nilai tawaran dan sah selama satu bulan dari tarikh dikemukakan.
7. Penawar yang berjaya hendaklah mengemukakan jaminan prestasi (performance guarantee) 10% dari nilai kontrak, sah-laku selama 2 tahun, sehari selepas tarikh pemberitahuan perlantikan.
8. Tarikh akhir untuk mengemukakan tawaran ditutup dan di cop ke atas semua dokumen adalah pada hari Khamis 10/6/2021 jam 2 petang di pejabat MyCARE. Tiada tawaran akan diterima selepas tarikh ini, dan dokumen tender akan dibuka pada hari yang sama.
9. MyCARE tidak berkewajiban untuk menerima harga terendah, dan berhak untuk menerima atau menolak mana-mana tawaran atau membatalkan tawaran sepenuhnya tanpa memikul tanggungjawab atau memberi sebarang alasan, dan tanpa ada sesiapa yang berhak untuk menentang dengan cara apa pun.
10. Penender yang berjaya juga akan menanggung bayaran iklan tender di surat khabar selama dua hari.

Dengan tawaran tender terbuka ini, MyCARE telah berjaya menyantuni 24,000 orang penerima manfaat di seluruh Gaza. MyCARE akan sentiasa menekankan ketelusan dan memastikan urus tadbir kewangan yang baik dalam menggalas amanah rakyat Malaysia.

Baca juga mengenai audit dan hala tuju MyCARE di

โ€œNurturing Humanity, Making a Difference.โ€

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pelayaran Akan Bermula!

Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan MyCARE akan melancarkan misi baharu untuk terus berusaha memecahkan kepungan haram rejim Zionis Israel ke atas Gaza.Pada 2 Mei yang

Laporan Pencapaian MyQurbani 2025

Assalamualaikum wbt,Segala puji bagi Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang dengan izinNya, MyQurbani 2025 telah berjaya dilaksanakan bagi tahun yang ke 27.

Training of Volunteers Julai 2025

โ€œTOV ini sangat bermanfaat, tersusun dan dijalankan dengan baik.โ€ โ€œIa memberi pendedahan yang menyeluruh kepada peserta tentang kerja kemanusiaan serta peranan penting sukarelawan.โ€ โ€œPengisian sangat

[PalestinDiserang] Makanan panas untuk Gaza

Di tengah konflik kemanusiaan di Selatan Gaza, MyCARE dan SPANCH telah melaksanakan satu inisiatif yang dipanggil Al-Takiyah: penyediaan makanan harian untuk keluarga rentan.   Selama