MyCARE hari ini (25 Mac 2020) memulakan penyaluran kedua bantuan kepada golongan-golongan miskin yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

Sebanyak lebih dari 300 pek makanan akan diagihkan kepada penduduk di beberapa lokasi di sekitar Klang, Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Jalan Klang Lama dan Johor. Bantuan kali ini difokuskan kepada mereka yang terkesan, fakir miskin, mualaf dan termasuklah orang asal.

Jutaan terima kasih kepada para penyumbang Tabung Kecemasan COVID-19 dan pelbagai pihak di atas kerjasama yang diberikan.

Teruskan menyumbang agar ramai yang memerlukan dapat kita santuni. Oleh yang demikian MyCARE menyeru orang ramai untuk turut bersama kami untuk menghulurkan bantuan melalui Tabung Kecemasan COVID-19 di:

https://www.billplz.com/fightcovid19

Atau

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602135592

Reference: fightcovid19

Sebarkan kepada rakan-rakan, ahli keluarga dan orang ramai agar lebih banyak mendapat manfaat.
Hargai pengorbanan kakitangan barisan hadapan dengan menyumbang dan mematuhi semua peraturan yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa.

“Nurturing Humanity, Making a Difference”