Pengenalan ahli misi Gifts Of Smiles 7.0: Syria Winter Relief

Sebagaimana yang kita semua maklum, musim sejuk seringkali menjadi igauan ngeri bagi jutaan pelarian yang tinggal di khemah atau di penempatan yang serba kekurangan.

Misi Gifts of Smiles 7 kali ini, diketuai oleh En. A. Khalil Khamis bersama dengan 16 orang ahli misi yang lain, akan membawa bantuan musim sejuk bagi pelarian Syria yang berhijrah ke Turki. Semoga misi ini dapat mencapai objektifnya dan diredhai Allah S.W.T.

Dalam sebuah hadith riwayat Muslim, Rasulullah S.A.W pernah bersabda: Suatu hari Rasulullah bertanya, “Siapa di antara kamu yang berpuasa hari ini?”
Abu Bakar menjawab, “Aku.”
Rasulullah bertanya lagi, “Siapa di antara kalian yang telah mengikuti pemakaman hari ini?”
Abu Bakar berkata, “Aku.”
Rasulullah berkata lagi, “Siapa di antara kalian yang memberi makan orang miskin hari ini?”
Abu Bakar berkata lagi, “Aku.”
Rasulullah bertanya lagi, “Siapakah di antara kalian yang menjenguk orang sakit hari ini?”
Abu Bakar menjawab, “Aku.”
Rasulullah kemudian berkata, “Jika terkumpul seluruh amalan pada seseorang (seperti ini), nescaya ia akan masuk syurga.”

Melalui hadith di atas jelas bahawa amalan membantu mereka yang memerlukan sangat dianjurkan bahkan amalan-amalan ini adalah kunci jalan ke syurga. Semoga ini menjadi amal jariah bagi setiap penyumbang dan juga ahli misi.

******************

Sumbangan boleh disalurkan melalui link berikut:
http://mycare.qrd.by/wintergos7

Atau boleh disalurkan melalui akaun bank berikut:

Humanitarian Care Malaysia Berhad

CIMB 8602 135 592

Payment ref: wintergos7

Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor berikut:
016-636 6369 (MyCARE)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Program Baju Raya Untuk Dia 2024

Kian Berlabuh Tirai Ramadan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Diri Dimaafi.   Berbaju Baru Terasa Ceria, Cantik Dipakai Di Hari