slide-logo

Pengenalan

HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD (MyCARE) adalah sebuah badan kebajikan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) [no. pendaftaran: 729288-P] dan ahli Komuniti Kemanusiaan Asia Tenggara (SEAHUM).

MyCARE mempunyai 6 buah badan agensi kemanusiaan iaitu Aqsa Syarif, i4Syria, Rose2Rose, NICE, PACE dan Salam Iraq. Sebelum pertubuhan MyCARE, agensi tersebut bergerak sendiri. Penyatuan kesemua agensi tersebut membolehkan kesemua usaha kemanusiaan dapat bersatu di bawah satu payung supaya semua potensi, sumber dan kepakaran dapat dikongsi dan disinergikan untuk manfaat manusia.

Rangkaian MyCARE merangkumi seluruh Nusantara Asia Tenggara termasuklah Filipina, Nepal, Kemboja, Selatan Thailand dan Vietnam; negara yang dilanda perang di Timur Tengah seperti Palestin, Syria, Yaman, Lebanon dan Iraq; orang-orang pelarian etnik Rohingya dan Eritrea, juga kawasan yang dilanda bencana tanpa mengira sempadan bangsa dan agama. MyCARE juga aktif di Malaysia dalam menyediakan rumah perlindungan sementara, pembinaan semula rumah dan peruntukan air bersih kepada kawasan yang dilanda banjir.

Ketelusan dan integriti MyCARE dalam menguruskan dana-dana telah diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan United Nation’s Financial action Task Force (FATF). MyCARE akan terus mengamalkan urus tadbir korporat dalam piawaian tertinggi untuk memastikan keberkesanan penyediaan perkhidmatan servis kemanusiaan kepada kedua-dua dermawan kami yang berhak serta penerima yang layak.

Visi Kami

Bersama-sama membentuk masyarakat ke arah dunia yang prihatin dan aman damai.

Misi Kami

Menggunakan sumber dan kepakaran rakyat Malaysia dan masyarakat global untuk membentuk dunia yang prihatin dan aman damai.

Moto Kami

Menyubur Kemanusiaan, Mencipta Perubahan

Objektif Kami

  1. Untuk menyebarkan maklumat yang tepat dalam mencapai kefahaman yang komprehensif berkaitan isu-isu kemanusiaan
  2. Untuk mengumpulkan sokongan kewangan dan kepakaran manusia dengan cara yang bertanggungjawab
  3. Untuk menyalurkan bantuan kewangan dengan gigih dan menyediakan penyelesaian yang sesuai kepada penerima sumbangan
  4. Untuk membina rangkaian dan bekerjasama secara profesional dengan organisasi tempatan dan luar negara.