Lembaga Pemegang Amanah

Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar

Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar

Ketua Pegawai Eksekutif

Hj. Kamarul Zaman kembali ke MyCARE pada bulan April 2016. Sebelum ini beliau memegang jawatan Pengurus Besar Aqsa Syarif pada tahun 2013-2014 apabila idea untuk merubah Aqsa Syarif kepada MyCARE tercetus. Ini kemudian membawa kepada integrasi agensi kebajikan yang lain di bawah naungan MyCARE dengan jayanya.

Beliau mempunyai 25 tahun pengalaman dalam Syarikat Multinasional (MNC), seperti National Semiconductor Corp, Motorola Electronics Sdn. Bhd dan Nokia Siemens Networks. Dalam tempoh beliau bersama, MyCARE berjaya mendaftar pejabat rasmi di Gaza dan menerima pengiktirafan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) kerana penglibatan MyCARE dengan pihak audit UN’s Financial Action Task Force(FTAF).

Beliau telah pergi ke Gaza pada bulan Febuari 2013 semasa misi audit Aqsa Syarif 2 (Aqsa2Gaza15) dan ke Lebanon serta Syria pada bulan Mac 2014 dalam misi bersama i4Syria (i4S-Mission 3). Beliau juga telah menghadiri beberapa persidangan berkaitan bidang kemanusiaan di Istanbul.

Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor

Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor

Pengerusi

Dr. Hafidzi adalah seorang pensyarah di Fakulti Pertanian di Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau adalah seorang pembaca sejarah yang tegar yang telah menulis banyak buku dan artikel, muncul dalam pelbagai temubual media (televisyen, radio dan surat khabar) dan menyampaikan beberapa syarahan berkenaan subjek Palestin dan ummah secara umumnya.

Beliau telah pergi ke Gaza dua kali – pertama kali semasa misi Lembaga Pemegang Amanah ke Gaza (BOT2GAZA) pada bulan Januari 2012 dan kali kedua semasa misi Aqsa2Gaza10 pada bulan November 2012 sejurus selepas peperangan 2012 tamat. Beliau juga merupakan penerima anugerah Kebangsaan Maulidur Rasul 1436H/2014 kerana perkhidmatan cemerlang dalam bidang kemanusiaan.

Norsham Abu Bakar

Norsham Abu Bakar

Setiausaha

Puan Norsham Abu Bakar adalah seorang Pengurus bahagian Pusat Perkhidmatan Sokongan di Hospital Pakar An-Nur Hasanah Sdn. Bhd. Beliau mempunyai kelulusan dalam Diploma Teknologi Pemakanan daripada Institut Teknologi MARA (ITM).

Beliau merupakan ahli misi MERCY Malaysia ke Kandahar, Afghanistan pada tahun 2002 dan kemudiannya menjadi ahli Rose2Rose yang aktif, iaitu sayap wanita Aqsa Syarif sejak penubuhannya pada tahun 2012.

Beliau juga adalah ahli misi Aqsa2Gaza pada tahun 2012 dan ahli misi i4Syria-Rose2Rose ke Syria pada tahun 2014.

Dr. Ir. Selamat Aliman

Dr. Ir. Selamat Aliman

Bendahari

Dr. Selamat adalah seorang jurutera dari segi kerjaya dan juga merupakan bendahari Lembaga Pemegang Amanah MyCARE. Beliau telah cuba beberapa kali untuk memasuki Gaza dalam banyak peristiwa.  Peristiwa yang apling dramatic adalah sewaktu beliau berada atas Flotilla Mavi Marmara pada tahun 2010 yang telah mendapat liputan media dunia.

Beliau akhirnya dapat memasuki Gaza semasa misi Lembaga Pemegang Amanah ke Gaza (BOT2GAZA)pada bulan Januari 2012. Beliau kemudian telah mengetuai dua misi Aqsa Syarif ke Gaza- Aqsa2Gaza7 (A2G7)pada bulan May 2012 untuk mengedarkan lampu solar kepada keluarga yang terjejas di Gaza dan misi Audit Aqsa2Gaza15 (A2G15) pada tahun2013 untuk mengkaji semula projek-projek Aqsa Syarif di Gaza.

Dr. Fauziah Mohd Hasan (FRCOG)

Dr. Fauziah Mohd Hasan (FRCOG)

Dr. Fauziah adalah pakar Obstetrik dan Ginekologi  yang telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan termasuklah ke Gaza pasca peperangan Disember 2008. Beliau adalah penasihat Rose2Rose, satu platform yang telah ditubuhkan untuk membenarkan wanita Malaysia untuk mendedikasikan kasih sayang dan keprihatinan kepada wanita-wanita Palestin. Inisiatif jangka panjang ini telah dipanjangkan untuk memasukkan semua wanita yang memerlukan bantuan.

Pada tahun 2014, beliau telah menerima anugerah Aktivis Kebangsaan tahun tersebut daripada International Coalition for Palestine and Jerusalem (al-I’tilaf) semasa Multaqa Ruwwad fil Alam Al-Islami, suatu persidangan kebangsaan di Istanbul untuk peranan beliau dalam memperkasakan wanita Palestin.

Prof. Madya Dr. Mohd Zin Kandar

Prof. Madya Dr. Mohd Zin Kandar

Dr. Mohd Zin adalah Profesor Madya di Jabatan Seni bina, Fakulti Alam Bina di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Merupakan seorang yang berminat dengan kerja-kerja kemanusiaan, beliau telah mengetuai kebanyakan misi-misi kami termasuklah Aqsa2Gaza Global Land Convoy (Sept-Okt 2010), misi Kemanusiaan Ramadan Aqsa2Gaza2 (Ogos 2011), misi Aqsa2Gaza4 Syaddurihal Ilal Quds (Mei 2012), misi audit Aqsa2Gaza15 (Feb 2013), misi Akademik Aqsa2Gaza17 (Jun 2013) dan misi Kemanusiaan Return2Aqsa3 ke Lebanon (Julai 2014).

Beliau telah dianugerahkan UTM Karisma Community Award pada tahun 2013 untuk sumbangan beliau dalam kerja-kerja kemanusiaan.

Dr. Mohd Tahir Abdul Rahman

Dr. Mohd Tahir Abdul Rahman

Dr. Tahir merupakan Penyelidik Utama di Institut Penyelidikan Getah (1974-1996) sebelum menyertai dunia akademik. Syarahan pertama beliau adalah di Jabatan Kimia di Fakulti Sains, Universiti Malaya dan kemudian berpindah ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di mana beliau menjadi Profesor Madya.

Selepas pencen, beliau menyertai Aqsa Syarif dan telah pergi ke Gaza 3 kali – semasa bulan misi Ramadan pada bulan Ogos 2011 (Aqsa2Gaza2) dan Ogos 2012 (Aqsa2Gaza8)dan kami punya misi bantuan kecemasan  yang ke-empat ke Gaza (Aqsa2Gaza13) pasca Perang 2012 pada bulan Januari 2013. Beliau juga merupakan penggerak utama misi kami ke Syria.

Hj. Norazmi Talib

Hj. Norazmi Talib

Merupakan mantan staf di Universiti Putra Malaysia, beliau kini merupakan Konsultan Pertanian dan Ahli Jawatan kuasa Teknikal Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YAPIEM).

Beliau adalah ahli misi pertama ke Gaza (Aqsa2Gaza) pada bulan September 2011, bersama-sama dengan aktivis daripada 30 Negara yang lain di bawah konvoi Viva Palestina 5 (VP5). Mereka bergerak daripada London ke Perancis, Itali, Greece, Turki, Syria, Mesir dan akhirnya ke Gaza dalam tempoh perjalanan 6000km dan 40 hari. Pada bulan Disember 2013, beliau memasuki Gaza semula sebagai ketua misi Aqsa2Gaza11 bersama-sama dengan duta kemanusiaan kami, Afdlin Shauki. Beliau juga mengetuai mis kedua i4Syria pada bulan Disember 2013.

Ar. Syed Muhammad Radhi Syed Sakkaf

Ar. Syed Muhammad Radhi Syed Sakkaf

Ar. Syed Muhammad Radhi merupakan seorang arkitek dengan pengalaman lebih 20 tahun. Beliau adalah Pengarah Z&SR Architectural Ventures Sdn. Bhd. dan  Principal SM Design Practice sejak 2006. Beliau juga adalah salah seorang  penerima 100 Architects Award by Korean Institute of Architects pada tahun 2013.

Beliau telah menyertai misi kemanusiaan ke Gaza pada tahun 2011 (Aqsa2Gaza2) dan tahun 2013 (Aqsa2Gaza13). Beliau telah mengetuai sekumpulan jurugambar yang dikenali sebagai Lensa Gaza untuk menangkap beberapa sisi lain Gaza. Hasil seni tersebut telah dilancarkan di Galeri Universiti Malaya pada bulan Jun 2013 dan sejak itu mereka telah membuat beberapa pameran yang lain lagi.

Hj. A. Khalil Khamis

Hj. A. Khalil Khamis

Dari segi kerjaya, Hj. Khalil adalah seorang Jurutera Biomedik dan sekarang memegang jawatan Pengurus Besar Technical Audit & Service Development di Medivest Sdn. Bhd. Beliau telah menyertai 2 misi kemanusiaan ke Gaza iaitu pada tahun 2010 (Aqsa2Gaza2) dan tahun 2013 (Aqsa2Gaza13).

Kepakaran beliau dalam bidang biomedik amat berguna semasa misi Aqsa2Gaza13 di mana beliau telah membuat satu audit soal selidik ke atas peralatan perubatan di beberapa hospital dan pusat perubatan termasuklah Rantissi Children Cancer Hospital, as-Syifa Hospital, Palestinian Welfare House dan Nasseer Medical Centre. Beliau juga merupakan ketua misi i4Syria yang ke-lima yang di sebut “Gift of Smiles” (Feb2015) untuk menyampaikan bekalan perubatan kepada Kem Pelarian orang-orang Syria.

Rohayah Mohd Zain

Rohayah Mohd Zain

Puan Rohayah Mohd Zain telah menjadi pegawai Majlis Amanah Rakyat(MARA) sejak tahun 1992. Beliau telah memegang beberapa jawatan untuk pelbagai portfolio dan kini merupakan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat di ibu pejabat MARA.

Beliau menjadi aktif dengan usaha bantuan kemanusiaan baru- baru ini dan berkongsi kepakaran dan pengalaman beliau melalui inisiatif Rose2Rose. Kepentingan peranan beliau telah menggalakkan Aqsa Syarif untuk melantik beliau sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah. Beliau kemudian menyertai misi ketiga kami ke Lebanon, Return2Aqsa3 pada bulan Julai 2014/Ramadan 1435H untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada pelbagai kem pelarian sekitar Beirut.

Prof. Madya Dr. Mohamed Ikram Mohamed Salleh

Prof. Madya Dr. Mohamed Ikram Mohamed Salleh

Dr. Ikram adalah seorang pakar bius di Hospital Pakar An-Nur di Bangi. Beliau juga merupakan Pengarah Pusat Bencana di Kolej Universiti Sains Perubatan (CUCMS) dan Pengarah Medical Interest Group Sdn. Bhd. dan Mediwealth Sdn. Bhd.

Sebelum menyertai MyCARE, beliau telah bersama dengan MERCY Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1999. Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Timbalan Pengarah. Beliau adalah ahli biasa misi tempatan, serantau dan kebangsaan MERCY Malaysia. Kepakaran beliau telah terbukti diperlukan semasa Tsunami Lautan Hindi pada tahun 2004. Kepakaran beliau dapat membantu MyCARE untuk memenuhi aspirasinya iaitu untuk menjadi sebuah badan organisasi kemanusiaan yang mantap.

Dr. Muhammad Munawar Mohamed Hatta

Dr. Muhammad Munawar Mohamed Hatta

Merupakan seorang pensyarah dan Pakar Perubatan Kecemasan di Pusat Perubatan UKM, Dr. Munawar sebelum ini banyak terlibat dengan MERCY Malaysia. Beliau adalah ahli misi MERCY Malaysia ke Afghanistan pada bulan April 2002 di mana beliau membantu menubuhkan Pusat Kesihatan Ibu dan Anak di Kandahar. Beliau juga adalah ahli misi MERCY Malaysia ke Darfur, Sudan pada bulan Oktober 2004 dan terlibat secara langsung di dalam penubuhan Institutional Feeding Programme (IFP) dan Reproductive Health Unit di Hospital El Geneina . Pada tahun 2005, beliau mengetuai misi MERCY ke Acheh untuk membangunkan kem penempatan di Lhok Nga.

Terkini, beliau adalah salah seorang penasihat kami untuk Nusantara Care (NICE).

Mohamed Fairooz Mohamed Fathillah

Mohamed Fairooz Mohamed Fathillah

Mohamed Fairooz adalah seorang pensyarah di Pusat Pengajian Teras di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, Kajang. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja amal  dan kemanusiaan sejak sekian lama.

Beliau merupakan ahli misi kemanusiaan ke Acheh pada tahun 2004. Di antara sumbangan beliau adalah mewujudkan rumah anak-anak yatim di Lohsemawih di Acheh, Indonesia dan menganjurkan projek Qurban tahunan di Indonesia dan Kemboja. Peranan beliau dalam usaha-usaha kemanusiaan yang menginspirasikan telah melayakkan beliau dianugerahkan Anugerah Maulidur Rasul daripada KUIS. Terkini, beliau adalah salah seorang penasihat untuk i4Syria dan Salam Iraq.

Mohd Fadzil Saleh

Mohd Fadzil Saleh

Mohd Fadzil adalah CEO Penerbitan Pustaka Darul Iman (PDI) Sdn. Bhd. dan Timbalan Pengarah Persatuan Penerbit Al-Quran Malaysia (PQM). Beliau juga merupakan ahli jawatan kuasa pejabat presiden di Pertubuhan IKRAM Malaysia, dan ditugaskan menjaga bahagian Urus setia Kanak-kanak Luar Negara. Beliau mempunyai pengalaman yang jauh/panjang dengan belia dan merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pemegang Amanah World Assembly of Muslim Youth (WAMY) sejak tahun 2011.

Beliau pernah ke Gaza sekali pada bulan Januari 2013 sebagai ahli misi kemanusiaan Aqsa Syarif dan kini dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah kami.