Agensi-agensi Kami

Institutes logo-01

Aqsa Syarif

Aqsa Syarif ditubuhkan pada 4 haribulan Febuari 2010. Ia dibentuk oleh sekumpulan rakyat Malaysia  yang ghairah tentang perjuangan untuk membebaskan Palestin daripada penjajahan Zionis yang menyalahi undang-undang.

Aqsa Syarif kini berfungsi sebagai sebuah badan agensi di bawah Bahagian Projek-projek MyCARE untuk menambahkan bantuan kemanusiaan dalam memperkasakan orang-orang Palestin. Aqsa Syarif dikekalkan sebagai penggerak utama kami untuk memimpin segala usaha untuk membebaskan Masjidil Aqsa dan Palestin.

Kerjasam lanjut dan perkongsian yang strategic telah pun ditubuhkan dengan kerja-kerja kemanusiaan antarabangsa dan organisasi-organisasi bantuanyang mempunyai aspirasi yang sama untuk orang-orang Palestin. Selama bertahun, Aqsa Syarif telah mendapat sokongan yang tak berbelah bahagi daripada semua aspek kehidupan terhadap orang-orang Palestin dan menyebabkan ia dapat memberikan sumbangan sebanyak RM45 juta bantuan kemanusiaan dalam masa 5 tahun. Terkini, Aqsa Syarif adalah rakan kongsi utama inisiatif pengumpulan dana global untuk membina semula Gaza akibat dari peperangan yang  terjadi baru-baru ini.

Rose2Rose

Kepentingan peranan wanita dalam membuat perubahan kepada masyarakat tidak dapat lagi diabaikan. Lelaki dan wanita melengkapkan antara satu sama lain dalam memenuhi tanggungjawab dalam semua aspek kehidupan. Ini dapat dibuktikan dalam ayat Al-quran.

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan wanita, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain..” (At-Taubah 9:71)

Matlamat Rose2Rose yang utama adalah untuk membina seberapa banyak pusat komuniti wanita Palestin di Gaza dan Tebing Barat yang dinamakan “Rose of Al-Aqsa” atau “Wardatul Aqsa”. Pusat komuniti ini memainkan peranan utama dalam menjalankan kapasiti program pembangunan untuk wanita Palestin untuk memperbaiki keadaan mereka dalam semua aspek kehidupan mereka – agama, ekonomi, kesihatan dan status sosial. Ini termasuklah meningkatkan kemahiran dan kompentensi serta menggalakkan pemulihan penderitaan mereka dengan cepat. Dengan peranan baru MyCARE, Rose2Rose juga akan memperkasakan semua wanita di semua tempat termasuklah Malaysia sendiri.

NICE

Nusantara Care, sebelum ini dikenali sebagai Nusantara Islah Centre of Excellence (NICE) ditubuhkan pada tahun 2009 untuk memperkasakan kerja bantuan kemanusiaan di Nusantara, seperti Selatan Thai, Kemboja, Mindanao, Ambon, Maluku, Meulaboh, Sulawesi, Kalimantan dan Vietnam, di bawa oleh Jamaah Islah Malaysia (JIM) bawah naungan Setiausaha Hubungan Antarabangsa.

Antara projek yang dibawa oleh NICE adalah: 1) mewujudkan pusat pendidikan seperti Madrasah Darussalam di Tay Ninh, Vietnam dan Bulacan Integrated Learning Centre di Filipina, 2) membantu untuk menjaga rumah anak-anak yatim di Filipina yang dipanggil Markaz Al-Amir dan 3) menyediakan biasiswa kepada pelajar Kemboja, Vietnam dan Filipina untuk menyambung pengajian mereka di Malaysia.

NICE kini diletakkan di bawah Bahagian Projek-projek MyCARE untuk leverage sumber-sumbernya dalam membantu orang-orang yang susah di dalam kawasan Nusantara ini.

i4Syria

I4Syria atau IKRAM4Syria (i4S) ditubuhkan pada tahun 2011 sejurus selepas berlakunya konflik di Syria. Peperangan dan kekejaman yang berpanjangan di Syria telah menyebabkan 7.6 juta kehilangan tempat tinggal, 3.9 juta menjadi pelarian  dan 12.2 juta memerlukan bantuan kemanusiaan. Krisis besar kemanusiaan ini telah memaksa i4S untuk bertindak kepada kebutuhan rakyat Syria melalui sokongan orang awam dan pengumpulan dana.

 

Pada hujung tahun 2014, i4S telah mengagihkan lebih RM3.0 juta kepada Syria terutama sekali kem pelarian di Yarmouk (berdekatan dengan Damascus), Jordan dan sempadan Turki. Projek i4S adalah termasuk Winter Appeal, Ramadhan Appeal, Qurban dan pemberian makanan serta bekalan ubat-ubatan.

Mulai tahun 2015, i4S beroperasi sebagai salah satu agensi di bawah pembahagian Projek-projek MyCARE; suatu langkah yang strategic untuk memperkasakan dan mensinergikan usaha-usaha kemanusiaan di Syria.

PACE

Palestine Centre for Excellance (PACE) ditubuhkan pada tahun 2006. Ia kemudian diintegrasikan di bawah Aqsa Syarif sebagai unit penyelidikan untuk menguatkan misi Aqsa Syarif dalam “Memperkasakan Ummah, Membebaskan Al-Aqsa”.

PACE menjalankan penyelidikan ke atas orang Arab dan dunia orang Islam dan penekanan khas ke atas konflik Palestin – Zionis/Israel juga kaitan dengan orang-orang Arab, Islam dan perkembangan antarabangsa. Pusat penyelidikan ini ingin menubuhkan satu database yang menyeluruh menggunakan kaedah saintifik teknikal yang paling moden. Dalam usahasama aktif dengan para penyelidik dan pakar-pakar, pusat ini terdorong untuk menerbitkan beberapa kajian ilmiah dan isu dalam jurnal yang berwasit sendiri. Ia juga ditugaskan untuk menganjurkan kursus latihan, seminar dan syarahan sebagai sebahagian daripada pendidikan awam.

PACE sekarang berada di bawah Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan (R&E) MyCARE. Dari tahun 2015 dan seterusnya, PACE akan memainkan peranan utama dalam menggerakkan program pendidikan sukarelawan untuk MyCARE.

Salam Iraq

Salam Iraq Berhad ditubuhkan pada awal tahun 2011 dengan niat untuk focus kepada nasib dan penderitaan orang-orang Iraq.

Objektifnya adalah: 1) untuk memberitahu dan mendidik rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa berkenaan kekurangan kondisi kemanusiaan di Iraq, 2) untuk menjana dana daripada sumbangan dan projek-projek untuk orang Iraq dan 3) untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam setiap isu yang berkaitan dengan Iraq.

Berikutan konflik antara mazhab di Iraq dan pengunduran tentera US serta kemunculan tiba-tiba Islamic State (IS) pada tahun 2014 telah menyebabkan adanya keperluan untuk membantu mengurangkan penderitaan orang-orang Iraq. Oleh itu, Salam Iraq tidak sabar untuk mensinergikan usahanya di bawah bahagian projek-projek MyCARE.