Hujan lebat sejak beberapa hari lalu mengakibatkan beberapa negeri seperti Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Selangor dan Perak ditenggelami air.Kita juga digemparkan dengan berita-berita korban mangsa banjir sejak bencana ini berlaku. Sehingga 4 Januari 2020, jumlah mangsa banjir meningkat sebanyak 14,951 orang di 6 negeri yang terkesan.
Dengan itu, MyCARE melancarkan Tabung Kecemasan Banjir bagi meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat dengan kerjasama cawangan MyCARE negeri dan agensi-agensi kerajaan. MyCARE juga akan menggiatkan para sukarelawan untuk turun ke lapangan untuk menghulurkan bantuan seperti penyaluran bantuan dan kerja-kerja pembersihan.
Kami menyeru kepada rakyat Malaysia yang dermawan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh Malaysia. Sumbangan boleh dihulurkan atas nama: Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic: 8602 135 592
Maklumkan sumbangan anda ke [email protected] atau WA/Telegram ke +6016-636 6369
atau
Derma secara ONLINE di
Niat nak tolong
Terima kasih atas niat baik Saudari / Puan. Kami menerima apa jua jumlah yang disumbangkan. Semoga Allah membalas dengan berkali ganda.
saya budak lagi , macam mana nak derma ye ? 🙁
Terima kasih atas niat murni adik untuk menyumbang. Adik boleh minta tolong ahli keluarga yang ada akaun bank untuk bank in. Lebih mudah kalau secara online.
kalau bantuan lain macam pakaian ke diperlukan tak agaknya?
Terima kasih atas pertanyaan tersebut. MyCARE menumpukan kepada sumbangan berbentuk wang ringgit. Untuk sumbangan pakaian dan lain-lain, boleh rujuk organisasi di bawah:
Rakan Muda
Pahang Flood Relief