Alhamdulillah, sudah sebulan kita pulun beribadah mengejar gandaan pahala. Berlalunya Ramadan digantikan dengan Syawal sebagai tanda kemenangan.

Firman Allah:

“Dan hendak lah kamu menyempurnakan bilangan puasa pada bulan Ramadan dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah apabila berhari raya kerana Allah berikan hidayah kepada mu.” (Surah Al Baqarah : 185)

Kami ingin berpesan di dalam kesibukan menyambut Syawal, jangan lupa ada di kalangan kita sedang menyambut kegembiraan Syawal dalam keperitan hidup.

Ada yang bertakbir raya sambil mengenangkan ahli keluarga yang telah tiada, ada yang menjamu pagi Syawal dengan roti bakar sahaja, dan ada yang memandang kosong ke langit dari celah-celah khemah yang berlubang.

Dengan itu, kami menyeru agar Syawal kita disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan.

Semarakkan Syawal kita dengan berkongsi dan memberi kegembiraan. Pastinya hari mereka lebih ceria menerima pek makanan atau hadiah Raya dari anda.

Sebarkan kegembiraan Syawal anda di:
https://donate.mycare.org.my/c/myramadan

Semoga ada sinar kegembiraan buat mereka di bulan Syawal dan di musim COVID-19 ini.