65 pek makanan sedang diuruskan oleh 10 aktivis dan sukarelawan MyCARE Johor dengan kerjasama Econsave Senai melalui Pengurus Besar wilayah selatan Econsave, En. Mas Imran dan Pengurus Econsave Senai.

Sebuah 4×4, sebuah van & beberapa kereta digunakan untuk menghantar sumbangan MyCARE kepada 65 buah keluarga sekitar Johor Bahru, Skudai, Senai dan Kulai.

Gerak kerja diketuai oleh Pengerusi MyCARE Johor, En. Rozi Abdul Ghani dan dibantu oleh Executif MyCARE Johor, En. Saadon Suleiman. Turut di lapangan ialah Guru Besar MyC4RE (MyCARE Centre 4 Rohingya Education), Cik Nor Shahidaul Akma serta guru-guru.

Serahan pek-pek makanan turut dibantu oleh Pengerusi i-Bantu Johor, Cikgu Ramli dan YDP IKRAM Kulai, En. Khalid Leman.

Teruskan menyumbang agar ramai yang memerlukan dapat kita santuni. Oleh yang demikian MyCARE menyeru orang ramai untuk turut bersama kami untuk menghulurkan bantuan melalui Tabung Kecemasan COVID-19 di:

https://www.billplz.com/fightcovid19

Atau

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602135592

Reference: fightcovid19

Sebarkan kepada rakan-rakan, ahli keluarga dan orang ramai agar lebih banyak mendapat manfaat.

Hargai pengorbanan kakitangan barisan hadapan dengan menyumbang dan mematuhi semua peraturan yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa.

“Nurturing Humanity, Making a Difference”