Nepal Emergency Relief Fund

More than 2,200 killed (UNOCHA.ORG)

Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Bumi di Nepal (Nepal Emergency Relief Fund)

Nepal dilanda bencana gempa bumi 7.9 skala richter (SR) pada hari Sabtu baru-baru ini (25/4/2015). Ia adalah gempa yang terbesar dan terburuk sejak tahun 1934. 30 daripada 75 wilayah di Nepal terkesan dengan bencana ini dan yang terburuk adalah di sekitar Kathmandu. Setakat semalam (27/4/2015), lebih 3,218 dilaporkan terkorban dan 6,538 yang lain cedera. Jumlah ini dijangka akan terus bertambah kerana pasukan SAR (search and relief) telah mula beroperasi.

Demi kemanusiaan sejagat, MyCARE melancarkan “Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Bumi di Nepal” (Nepal Emergency Relief Fund).

Ayuh salurkan sumbangan anda ke “Humanitarian Care Malaysia Berhad” melalui akaun:

Maybank – 5642 5856 0698

Untuk mendapatkan resit/pengesahan sumbangan, hantarkan:

a) maklumat peribadi (nama penuh, nombor telefon, alamat surat menyurat dan emel)
b) bukti/slip transaksi 
c) destinasi negara eg. nepal, emergencynepal, gempabuminepal

[email protected] @ +6013-744 4760 (whatsapp, telegram, atau sms sahaja)

“Nurturing Humanity, Making a Difference”