Mydin melalui wakilnya En Mohd Tarmizi Mustafaha, Pengurus Bahagian Korporat Mydin telah menyerahkan 512 kotak pakaian dan kasut baru kepada wakil MyCARE, Puan Roha Hassan untuk diagihkan kepada rumah-rumah kebajikan dan komuniti asnaf tempatan serta pelarian.

Sebanyak 25 buah rumah kebajikan dan komuniti asnaf tempatan serta pelarian telah dikenalpasti oleh pihak MyCARE sebagai penerima. agihan bermula sejak hari Isnin, 22 Jun 2020.

MyCARE turut mendapat kerjasama daripada Puan Mazaliza dari Rumah Kebajikan dan Anak Yatim Baitul Kasih untuk memudahkan proses simpanan sementara, pemilihan dan agihan barangan yang diterima dari Mydin

MyCARE merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Mydin diatas sumbangan ini.

Selain itu, Mydin juga telah menjalin kerjasama dengan MyCARE sejak 2015 melalui beberapa projek, antaranya Projek Migran Syria dan rumah sementara untuk mangsa gempa di Nepal.