MyCARE Johor di Plaza Angsana

Pada 11 & 12 Ogos 2018, MyCARE Johor berkesempatan menyertai pameran dan membuka booth bersempena ARTBEAT 2018 anjuran Politeknik Ibrahim Sultan Pasir Gudang dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Ucapan perasmian penutup Festival ARTBEAT 2018 yang disempurnakan oleh YB Pn. Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia yang berlangsung di Plaza Angsana Johor Bahru.
” ‘Kekurangan bukan halangan’, tema yang diangkat dalam program ARTBEAT 2018 ini bertepatan sekali bagi menunjukkan tiada halangan untuk remaja kurang upaya ini mendapatkan pendidikan selepas menamatkan persekolahan. Politeknik menggalas tanggungjawab besar menjadi institusi yang menerima cabaran menawarkan pendidikan tinggi adalah seiring dengan hasrat UNESCO dalam memberi peluang pendidikan kepada remaja kurang upaya. ”



YB Timbalan Menteri berkesempatan mengunjungi booth MyCARE dan mendapat penerangan mengenai usaha sama MyCARE dan Jabatan Pendidikan Johor di dalam menjalankan program MODUL KESUKARELAWANAN KEMANUSIAAN yang telah berlangsung memasuki tahun keempat tahun 2018 ini. Dr. Mohd Zin Kandar (Pengerusi MyCARE) sempat menerangkan pencapaian program ini iaitu Modul Kesukarelawanan yang dijalankan MyCARE di sekolah-sekolah di Johor secara langsung telah memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada 55,750 pelajar dan 1,420 guru-guru di lebih 234 buah sekolah semenjak dimulakan pada tahun 2015. Nilai-nilai murni kemanusiaan yang dikongsikan MyCARE telah mendorong pelajar untuk turut menghulurkan sumbangan melalui projek Back2School dan keseluruhan kutipan berjumlah RM209,474.40 semenjak tahun 2015 dari sekolah-sekolah. Dengan ini dianggarkan sejumlah 1,396 pek bag sekolah berjaya disumbangkan oleh warga sekolah di Johor kepada anak-anak sekolah di Palestin, Lubnan, Syria, Yaman dan Rohingya.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE Johor
Kesempatan penyertaan pameran ini, MyCARE Johor memberi fokus kepada kempen Modul Kesukarelawanan MyCARE di sekolah-sekolah dan kempen MyKorban MyCARE – Korban Rentas Sempadan.
Turut hadir di majlis tersebut ialah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Ismail Bin Abd Aziz, Ketua Penagrah Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pedidikan Malaysia.

4 comments

  1. Tuan,
    Kami dari MPKK Rengit, ingin memohon sumbangan ikhlas berupa susu dan lampin untuk keluarga terjejas Covid-19 di kawasan kami
    Bantuan dari pihak tuan, amatlah kami hargai
    Sekian, terima kasih
    {edited}

      1. Assalamualaikum.
        Saya Ingin memaklumkan kepada pihak tuan/ pain bahawa adik saya yang tinggal Di labis segamat johor yang mempunyai 5 orang anak turut terjejas bekalan makanan seperti beras, pampers, susu Anak, dll.
        Seperti tuan Ketahui , saya juga seorang ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak juga turut terjejas. Dan saya juga berkerja.
        Bantuan Dari pihak tuan amat kami Hargai.
        Sekian terima kasih.

        1. Waalaikumussalam.
          Untuk makluman, sekarang bantuan COVID-19 diselenggarakan oleh pihak JKM. Sila periksa e-mail puan untuk nombor telefon pegawai di daerah Segamat. Terima kasih.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Program Baju Raya Untuk Dia 2024

Kian Berlabuh Tirai Ramadan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Diri Dimaafi.   Berbaju Baru Terasa Ceria, Cantik Dipakai Di Hari