KENYATAAN AKHBAR: TABUNG KEMANUSIAAN ROHINGYA DILANCARKAN

 

KENYATAAN AKHBAR
17 MEI 2015

MyCARE LANCAR TABUNG KEMANUSIAAN ROHINGYA

MyCARE amat prihatin dengan nasib pelarian Rohingyayang terumbang-ambing di perairan negara dan beberapa negara jiran. Merekabukanlah pelarian ekonomi, tetapi penderitaan yang ditanggung adalah demimendapatkan perlindungan atas ancaman keselamatan, nyawa serta harta benda merekadan keluarga. MyCARE akan bekerjasama dengan kerajaan Malaysia danorganisasi-organisasi kemanusiaan yang lain dalam menghulurkan bantuan kepadapelarian Rohingya ini.

Bagi menyemarakkan usaha tersebut, maka TabungKemanusiaan Rohingya MyCARE dilancarkan. Ini adalah lanjutan daripada inisiatifberterusan yang telah disalurkan oleh MyCARE kepada pelarian Rohingya diMalaysia sebelum ini melalui beberapa projek mandiri yang menyediakan bantuanasas kehidupan termasuk makanan, kesihatan serta pendidikan.

MyCARE merakamkan ucapan penghargaan kepada pihakberwajib khususnya Kementerian Dalam Negeri yang telah memberi ruang untukkami menyampaikan bantuan dari rakyat Malaysia yang prihatin. MyCARE jugamengharapkan kerjasama berterusan pihak berwajib, badan bukan kerajaan, badanswasta serta pihak media bagi memastikan bantuan dapat disalurkan secara sistematik dan tersusun. Usaha bantuan ini juga akan diperkemas dari semasa ke semasa untuk memberi lebih peluang kepada rakyat Malaysia menyalur serta memantau sumbangan mereka melalui MyCARE. Untuk memantapkan lagi koordinasi antara NGO kemanusiaan,MyCARE bersedia bermuafakat dengan NGO-NGO tempatan dan serantau melaluijaringan SEAHUM (South East Asia Humanitarian Committee). Satu persidangan meja bulat berkenaan isu pelarianRohingya akan diadakan bersempena mesyuarat agung SEAHUM yang akan berlangsungdi Kuala Lumpur pada 21 Р22 Mei 2015 ini. Sebagai tuan rumah, MyCARE akanmempengerusikan persidangan ini bagi menyelaras bantuan kemanusiaan dinegara-negara ASEAN, termasuk isu berkaitan pelarian Rohingya.

PM Dr. Hafidzi Mohd Nor
Pengerusi,
Lembaga Pemegang Amanah
Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE)

(Nota: Nusantara Care adalah agensi dibawah Humanitarian Care Malaysia Berhad (729288-P).