PACE Archives - MyCARE

Jihad maklumat, budaya & ekonomi bela sengsara Palestin
Pejuang-pejuang Pembukaan Palestin yang diberkati Allah,

Berkenaan jihad di Palestin, al-Qarḍāwi menyebutkan dalam bukunya berjudul al-Quds Qaḍiah Kullu al-Muslim, “Jihad di Palestin hanya dituntut sehingga rejim Zionis dikalahkan, terhentinya segala kezaliman dan penindasan dan Palestin kembali dimiliki oleh orang Islam”.

Dalam hal ini, berkenaan jihad memerangi musuh dengan tentera dan senjata bagi khalayak umum pula, ia hanya terlaksana selepas mendapat arahan dan kebenaran daripada pemerintah sahaja.

Kata Syeikh Ibn Uthaimin, “Tidak boleh berperang dengan ketenteraan kecuali dengan izin pemerintah, walau apa pun keadaannya, kerana yang dipertanggungjawab untuk membuat keputusan ketenteraan itu adalah urusan pemerintah, bukannya orang awam, kalau dilakukan juga oleh orang awam, ia adalah satu kesalahan dalam agama”.

Untuk memahami bahawa apa yang berlaku di Palestin adalah isu ketenteraan. Penjenayah-penjenayah Yahudi Zionis menggunakan kuasa ketenteraan untuk menyembelih penduduk Gaza setiap hari. Oleh itu, penyelesaiannya juga sepatutnya juga dengan ketenteraan sebagai salah satu penyelesaian yang efektif.

Justeru, bagi mana-mana pemimpin Muslim yang berkemampuan untuk membuat keputusan ketenteraan bagi membantu rakyat Palestin tetapi tidak melakukan apa yang sepatutnya, dia berdosa.

Fatwa daripada Kesatuan Ulama Islam Sedunia berkenaan Taufan al-Aqsa menyebutkan, “Para pemerintah dan askar-askar mereka mesti campur tangan segera untuk menyelamatkan Gaza daripada pembunuhan beramai-ramai dan kemusnahan total”.

Fatwa ini dikeluarkan pada bulan Oktober tahun yang lalu, sehingga sekarang sedihnya tiada satu negara Arab dan Islam yang mampu menyahut fatwa ini.

Selain daripada golongan pemimpin, rakyat awam turut menanggung tanggungjawab membantu rakyat Palestin.

Kata al-Qarḍāwi dalam dalam bukunya berjudul, Fatāwā al-Muāṣorah, jilid ketiga, “Apabila umat Islam sudah tidak mampu untuk berjihad dan berperang di jalan Allah untuk pertahankan negara mereka, mengembalikan tanah yang dirampas oleh musuh, maka agama Islam mewajibkan umat untuk memboikot musuh mereka melalui ekonomi, masyarakat dan budaya”.

Mengambil saranan dari al-Qarḍāwi, bagi rakyat awam, bagi mereka ada tiga bentuk jihad yang boleh dilaksanakan. Jihad maklumat, budaya dan ekonomi. Jihad maklumat adalah dengan menyebarkan berita-berita yang sahih dan memberi kesan positif kepada khalayak ramai. Di zaman kemajuan maklumat dan teknologi sekarang, bayaran yang perlu ditanggung untuk melaksanakan jihad ini hanyalah masa dan kehendak sahaja.

Bermakna, ia boleh dilakukan oleh semua orang. Tiada siapa boleh halang daripada kita menyebarkan berita-berita terkini tentang Palestin di semua platform media sosial sama ada dari hasil kandungan sendiri atau berkongsi kandungan orang lain.

Lebih baik daripada itu sekiranya isu-isu Palestin ini dikaitkan dengan ayat-ayat al-Quran. Solah al-Khalidi sebutkan dalam bukunya yang berjudul, Haqaiq al-Quraniah Hawla al-Qaḍiah al-Filistiniah, “Kita menyeru seruan kami, masuklah medan perang terakhir dengan Yahudi Zionis, bersenjatakan dengan al-Quran, berpandukan dengan cahaya al-Quran, menggunakan fakta-fakta al-Quran dengan iman, keyakinan, kesedaran dan kepercayaan”.

Al-Quran ada menyebutkan tentang sifat-sifat seorang pejuang Mukmin yang berkualiti seperti dalam Surah Mukminun, sifat-sifat orang Munafiq seperti dalam Surah al-Baqarah, sifat-sifat musuh seperti dalam Surah al-Israk, juga dalam surah yang sama diceritakan pengakhiran isu Palestin dan pelbagai lagi.

Sekiranya golongan ekstrem Yahudi mengangkat Taurat mereka untuk menguatkan kepercayaan mereka untuk meneruskan penjajahan, kita seharusnya lebih-lebih lagi mengangkat dan menjunjung Kalam Allah dalam al-Quran bagi membuka Palestin.

Di samping itu, jihad budaya pula adalah dengan membudayakan perjuangan isu Palestin semua aspek dalam kehidupan mengikut kemampuan dan kapasiti masing-masing. Dengan kata lain, kita mahukan budaya perjuangan isu Palestin itu sudah menjadi budaya rakyat Malaysia.

Hal ini termasuklah dengan membiasakan pakai pakaian yang bercorak Palestin seperti tudung bercorak Kafieh, baju kemeja T dengan corak Palestin, bendera Palestin di letakkan di pelbagai tempat, depan rumah, depan pejabat dan sebagainya. Perlu diingati bahawa, ini adalah nikmat daripada Allah untuk rakyat Malaysia kerana dapat sokong Palestin secara terbuka tidak seperti negara-negara Arab termasuk Saudi, Mesir dan sebagainya.

Aspek jihad terakhir adalah jihad melalui ekonomi. Ini juga aspek jihad yang boleh dilakukan oleh semua orang secara percuma dan mudah.

Fatwa daripada Badan Ulama Palestin menyebutkan, “Salah satu kewajipan yang paling tinggi bagi setiap Muslim ialah menyokong perjuangan Palestin dengan hartanya. Bahkan ketika Allah SWT telah mengaitkan jihad antara wang dan jiwa, Allah SWT mengutamakan wang terlebih dahulu daripada jiwa.

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).” (Surah al-Hujurat 49: 15)

Setiap kali umat Islam mengelakkan diri dari berbelanja di perniagaan-perniagaan yang boleh menguntungkan rejim Zionis, bukan sahaja membantu melemahkan penjajah ini, bahkan mendapat pahala di sisi Allah kerana bersama-sama dalam jihad ini.

Kesimpulannya, selagi Netanyahu dan kerajaan zalimnya tidak menghentikan serangan dari udara, darat dan laut ke atas Gaza selagi itulah keadaan umat Islam di sana semakin tenat. Angka syahid sekarang telah mencecah 35,000 orang. Separuh daripada mereka yang terbunuh adalah kanak-kanak, bayi dan wanita. Oleh itu, usaha kita untuk berjihad melalui maklumat, budaya dan ekonomi sepatutnya perlu lebih lagi. Inilah peluang yang Allah berikan untuk kita merasai pahala jihad seperti saudara-saudara kita di Palestin.

Ditulis oleh Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin
Penyelidik Palestine Centre of Excellence

The post Jihad maklumat, budaya & ekonomi bela sengsara Palestin appeared first on MyCARE.

[BreakTheSiege] Pelayaran ditunda
Pelayaran misi Break the Siege ditunda. Pihak MyCARE akan mengemas kini status pelayaran dari semasa ke semasa.

The post [BreakTheSiege] Pelayaran ditunda appeared first on MyCARE.

[BreakTheSiege] Ahli misi Malaysia
Berikut adalah senarai ahli misi Break the Siege mewakili Malaysia yang dijangkakan memulakan pelayaran ke Gaza pada esok di Istanbul, Turkiye.

Mohon doakan kelancaran misi ini dan objektif menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada saudara-saudara kita di Gaza tercapai.

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

The post [BreakTheSiege] Ahli misi Malaysia appeared first on MyCARE.

Aksi boikot: Merosakkan atau membebaskan?
Riuh orang ramai apabila sebuah syarikat pembekal ayam milik Muslim di utara Malaysia dikhabarkan terpaksa tutup kesan daripada aksi boikot ke atas rangkaian kedai KFC.

Memang dahsyat kesan boikot kali ini. Ia lebih dahsyat berbanding aksi boikot pada tahun 2014 ketika Gaza dibedil selama 50 hari.

Mana tidaknya. Kali ini genosid sudah berlanjutan lebih 150 hari namun belum ada tanda-tanda ia akan dihentikan. Jumlah korban dan kemusnahan juga terus bertambah dari sehari ke sehari.

Justeru tidak pelik kali ini lebih banyak jenama yang terkesan dengan kempen boikot. Hal itu kerana faktor penarik dan penolaknya jauh lebih besar.

Ada yang memboikot kerana sumbangan jenama-jenama tersebut kepada Israel dengan kebanyakannya mempunyai operasi perniagaan di negara haram itu.

Ada juga yang boikot kerana jenama-jenama tersebut menyatakan sokongan kepada Israel walaupun sudah terang lagi bersuluh bahawa negara haram itu melakukan genosid di Gaza.

Tidak kurang juga yang memboikot kerana jenama-jenama berkenaan berasal dari AS yang dikenali sebagai negara penyokong tegar Israel. Washingtonlah yang membekalkan Israel dengan senjata, melindungi mereka daripada ancaman luar (Hezbollah dan Houthi) dan membela mereka daripada kecaman serta tindakan antarabangsa dengan memveto semua resolusi PBB.

Pada waktu yang sama, ada juga pihak yang membidas aksi boikot.

Mereka mendakwa boikot yang berlaku telah memudaratkan rakyat dan negara kita sendiri.

Perniagaan rugi, pekerja terpaksa dihentikan atau dicutikan tanpa gaji. Ada juga cawangan terpaksa dipendekkan waktu operasi, selain ada yang terpaksa ditutup terus.

Saya sejak awal menyokong dan mempromosikan langkah memboikot secara berhemah dan berstrategi.

Berhemah sebab kita sedar setiap boikot ada kesan yang berlapis-lapis sebelum sampai ke Israel. Memang ada pihak yang akan terpaksa ‘berkorban’ dan ‘dikorbankan’.

Perjuangan apa yang tiada pengorbanan?

Berstrategi sebab sedar tidak praktikal untuk kita memboikot semua jenama berkaitan Israel secara sekali gus. Normalisasi perdagangan dunia dengan Israel sudah berlaku lebih 30 tahun. Bukan mudah untuk meruntuhkan semua itu dalam sekelip mata.

Salah satu strategi yang perlu ada dalam tindakan boikot ialah ia mestilah mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada musuh berbanding diri kita sendiri.

Mudarat terkecil boikot ialah pengguna tidak lagi dapat membeli atau melanggan jenama yang digemari. Pengguna terpaksa ‘berkorban’ mencari alternatif lain yang kualitinya mungkin tidak setanding dengan jenama sebenar.

Mudarat terbesar adalah seperti yang telah disebutkan awal tadi; perniagaan rugi, kehilangan kerja atau perniagaan terpaksa ditutup.

Namun, apalah sangat mudarat ini berbanding derita yang terpaksa ditanggung oleh penduduk Gaza – yang bukan sahaja kehilangan harta bahkan nyawa. Harta boleh dicari. Nyawa tiada galang gantinya.

Sebab itu ada contoh di beberapa negara yang rakyatnya sedia mengambil risiko kehilangan kerja apabila memilih untuk menyokong Palestin.

Ada juga syarikat yang mengambil tindakan drastik menukar terus jenama bagi menghormati sentimen majoriti pelanggan mereka. Ia adalah keputusan perniagaan yang munasabah.

Tapi tidak semua pihak mempunyai keupayaan yang sama. Sebab itu kita perlu berhati-hati. Dalam usaha kita memberi tekanan kepada Israel, jangan tersilap langkah sehingga kita pula yang menzalimi orang lain.

Sebagai contoh, memboikot sebuah syarikat francais dari AS yang dimiliki oleh syarikat induk, berbeza dengan memboikot francais yang dimiliki oleh rakyat tempatan.

Francais yang dimiliki syarikat induk boleh diminta untuk bertanggungjawab sepenuhnya, sedangkan francais yang dimiliki rakyat tempatan mempunyai kuasa yang terhad.

Boikot ke atas francais yang dimiliki syarikat induk akan 100 peratus mengena sasaran, manakala boikot ke atas francais milik tempatan hanya memberi tekanan antara 5 peratus hingga 10 peratus saja, bergantung kepada jumlah royalti dan yuran franchaisi yang perlu dibayar.

Dengan kata lain, boikot ke atas francais yang dimiliki rakyat tempatan akan memberi mudarat lebih besar kepada lokaliti setempat berbanding syarikat induk.

Mudaratnya akan berganda sekiranya francais tersebut mempunyai rangkaian kerjasama tempatan yang besar.

Dengan kata lain, kita akan tersalah sasar jika aspek ini tidak diberi pertimbangan yang sewajarnya. Kita ingin sasarkan Israel, tetapi yang mendapat bahananya ialah orang lain.

Berdasarkan pertimbangan ini, saya secara peribadi kurang setuju dengan beberapa sasaran boikot yang tular hari ini.

Hal itu kerana kesan buruknya bukan sahaja kepada rakyat tempatan tetapi terhadap gerakan boikot itu sendiri.

Gerakan boikot akan hilang kredibiliti dan kita membuang masa bercakaran sesama sendiri sedangkan medan pertembungan yang sepatutnya adalah dengan Israel.

Pun begitu, saya tidak menyalahkan mereka yang memboikot semata-mata. Jenama-jenama yang diboikot turut menyumbang kepada pelebaran jurang yang ada.

Jenama-jenama terbabit gagal memahami sentimen sebenar masyarakat. Mereka sekadar bermain dengan sentimen agama dan bangsa sambil enggan menyentuh isu pokok yang dibangkitkan iaitu apa yang berlaku di Gaza.

Mereka memilih untuk menjadi neutral ketika genosid sedang berlangsung di Gaza!

Tindakan itu hanya mengundang amarah masyarakat. Lebih buruk, ada jenama yang mengancam untuk menyaman pengguna yang memboikot mereka walhal mereka tahu boikot adalah hak pengguna.

Genosid di Gaza sepatutnya menyatukan kita semua, bukan memecah-belahkan. Masyarakat dan perusahaan seharusnya bekerjasama menentang kezaliman yang berlaku.

Masing-masing mempunyai tanggungjawab moral, sosial dan kolektif ke atas Gaza.

Jika francais di AS dan Israel bebas menyatakan pendirian mereka menyokong Israel, apa yang menghalang francais di Malaysia untuk berbuat yang sama, tetapi untuk Palestin?

Mengapa menjaga kepentingan 9.3 juta prospek di Israel seolah-olah lebih utama daripada 1.8 billion prospek di 57 negara Islam? Ini langsung tidak masuk akal dari perspektif perniagaan.

Perlu ditegaskan bahawa sasaran utama boikot ialah Israel. Jenama-jenama tersebut disasarkan kerana sumbangan atau sokongan mereka kepada Israel. Jika sumbangan atau sokongan tersebut dihentikan, boikot tidak lagi relevan.

Dengan kata lain, matlamat boikot bukan untuk memufliskan atau menutup periuk nasi mereka. Matlamat boikot ialah untuk menggesa jenama-jenama berkenaan supaya menamatkan urusniaga mereka dengan Israel sekali gus menjadi sebahagian daripada denyut nadi masyarakat menuntut keadilan untuk rakyat tertindas.

Boikot terbukti mampu menjadi senjata ampuh untuk menumbangkan kezaliman seperti yang berlaku ke atas rejim rasis kulit putih (apartheid) di Afrika Selatan 33 tahun dahulu.

Rakyat Palestin telah pun menubuhkan gerakan Boycott, Divestment & Sanctions (BDS) pada 2004 untuk menggerakkan inisiatif memulau Israel di peringkat antarabangsa secara komprehensif.

Gerakan itu diiktiraf oleh Israel sendiri sebagai ancaman strategik kepada masa depan penjajahan mereka di Palestin. BDS dianggar boleh menyebabkan Israel kerugian sehingga RM52 billion setahun.

BDS tidak hanya menyeru kepada boikot barang-barang konsumer bahkan menyeru kepada tindakan memboikot Israel melalui platform akademik dan budaya (sukan dan hiburan).

BDS juga menggesa syarikat-syarikat antarabangsa supaya menarik pelaburan dan urusniaga dengan Israel (divestment) serta mendesak negara-negara supaya memutuskan hubungan dagang dan diplomatik dengan negara haram itu (sanction).

Justeru, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bergabung di bawah inisiatif BDS supaya inisiatif antarabangsa yang dipelopori oleh rakyat Palestin ini dapat terus diperkasakan.

– Khalid Jimat,

Ketua Pegawai Penyelidik,

Palestine Centre of Excellence – PACE

The post Aksi boikot: Merosakkan atau membebaskan? appeared first on MyCARE.

Airdrop bukan penyelesaian tuntas untuk Gaza
Minggu lepas Tentera Udara Diraja Jordan (RJAF) berjaya laksanakan operasi menjatuhkan 33 tan bantuan kemanusiaan di Gaza. Operasi ini dapat liputan meluas media antarabangsa. Rakaman gerombolan penduduk Gaza berlari dan menyerbu bantuan yang jatuh tular di semua platform media sosial. Menderu-deru netizen puji tindakan kerajaan Jordan.

Ini bukan kali pertama. Jordan sebenarnya telah berjaya laksanakan operasi sama sekurang-kurangnya tiga kali sejak 7 Oktober. Kali pertama pada 6 November 2023. Kali kedua pada 12 November 2023. Kali ketiga pada 5 Januari 2024.

Bezanya, sebelum ini hanya bantuan perubatan dapat dijatuhkan. Bantuan pula terhad kepada bekalan untuk Jordan Field Hospital di bandar Gaza. Kali ini, selain bantuan perubatan, bantuan makanan juga dapat dijatuhkan. Jumlah bantuan yang berjaya dijatuhkan juga jauh lebih besar berbanding operasi-operasi sebelum ini.

Lebih istimewa operasi kali ini turut disertai oleh Raja Jordan sendiri, Raja Abdullah II. Baginda bahkan berjaya menarik sokongan Perancis, Mesir, Qatar dan UAE untuk turut serta dalam operasi kali ini. Jordan hantar 3 pesawat. Negara-negara yang lain masing-masing menghantar satu pesawat.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa baru sekarang nak gugurkan bantuan? Kenapa bukan dua atau tiga bulan lepas; ketika kita dapat khabar sudah ada penduduk Gaza yang kebuluran sehingga ada yang terpaksa makan dedak haiwan ternakan? Atau paling tidak selepas ICJ putuskan yang Israel perlu benarkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza pada 26 Januari lalu?

Jawapan mudahnya kerana Israel benarkan. Semua ini tidak mungkin akan berlaku tanpa restu dan kebenaran Israel. Israel kuasai sepenuhnya laluan masuk ke Gaza baik dari darat, laut dan udara; kecuali sebahagian kecil laluan yang bersempadan dengan Mesir.

Tapi kenapa pula Israel tiba-tiba benarkan operasi ini berlaku? Apa yang membuatkan Israel terpaksa berikan kebenaran? Jawapan mudahnya kerana abang long mereka, Amerika Syarikat (US) paksa supaya Israel beri kebenaran. Tapi kenapa US tiba-tiba paksa Israel beri kebenaran?

Kalau perasan dua hari sebelum airdrop ini berlaku, seorang tentera udara Amerika Syarikat (US), Aaron Bushnell, 25 tahun telah ambil tindakan nekad membakar dirinya di hadapan kedutaan Israel di Washington DC sebagai tanda protes kepada tindakan US menyokong kekejaman Israel di Gaza.

“Saya akan lakukan protes yang paling ekstrem. Tetapi jika dibandingkan dengan apa yang dialami oleh penduduk di Palestin di tangan penjajah mereka, tindakan ini tidak melampau sama sekali,” kata beliau sebelum menuang petrol di batang tubuh dan membakar dirinya.

Aksi Bushnell dirakam secara langsung oleh beliau sendiri. Rakaman beliau membakar diri sambil menjerit “Free Palestine” tular dalam waktu yang singkat sekaligus memberi tekanan kepada US.

Justeru, bagi menutup isu ini dan mengelak daripada tercetusnya protes yang lebih besar, ‘airdrop’ ini dibenarkan. Dalam sekelip mata media sosial dibanjiri dengan rakaman berkaitan airdrop dan naratif positif tentang bantuan berjaya disalurkan kepada lebih setengah juta penduduk Gaza yang kebuluran. Kemarahan dunia sedikit reda selepas disuntik dengan dopamine airdrop.

Mereka merancang. Tuhan yang menentukan. Dengan tak semena-mena berlaku satu lagi insiden. Kali ini tentera Israel sendiri yang membuat onar. Mereka lepaskan tembakan ke arah penduduk Gaza yang mengerumuni trak-trak yang membawa bantuan masuk ke utara Gaza menyebabkan lebih 100 orang terkorban.

Nah, kali ini US sendiri yang terpaksa lakukan airdrop untuk tutup jenayah Israel. Mereka jatuhkan 38,000 pek makanan pada hari Sabtu (2 Mac). Mereka turut beri bayangan untuk ulangi langkah sama dalam waktu terdekat.

Tamer Qarmout, Profesor di Doha Institute menyelar airdrop ini sebagai wayang dan PR stunt untuk menunjukkan US dan pemimpin dunia seolah-olah sedang melakukan sesuatu. Hakikatnya mereka sekadar mahu menutup malu selepas gagal mendesak Israel supaya menghentikan serangan.

“US desak Israel supaya benarkan airdrop untuk mengelak daripada dituduh melakukan jenayah genosid. Jika dituduh, mereka ada alasan bahawa airdrop ini dilakukan hasil kerjasama Israel,” sindir Profesor Qarmout.

Bushra Khalidi, Ketua Polisi Oxfam pula menyifatkan airdrop sebagai kaedah bantuan yang paling tidak efisien dan tidak efektif selain menelan kos yang sangat tinggi. Ia adalah pilihan terakhir dalam mana-mana operasi bantuan kemanusiaan.

“Sekiranya airdrop terpaksa juga dilakukan, ia akan dilakukan dengan koordinasi pasukan di lapangan yang akan menyambut bantuan yang digugurkan dan mengurus penyalurannya dengan sistematik. Bukan seperti apa yang berlaku pada hari ini,” tegas Bushra.

Menggugurkan bantuan seperti yang berlaku pada hari ini sebenarnya adalah satu bentuk penghinaan kepada penduduk di Gaza. Tanpa kawalan di lapangan, penduduk terpaksa berebut bantuan. Yang kuat akan dapat. Yang lemah akan terlepas. Ini boleh mencetuskan pergaduhan dan kekacauan. Dah macam hunger games pula.

Langkah yang sepatutnya diambil oleh US dan negara-negara di dunia ialah menekan Israel supaya membuka pintu sempadan dengan seluas-luasnya dan membenarkan bantuan kemanusiaan masuk tanpa sekatan. Jaminan keselamatan juga perlu diberikan kepada petugas kemanusiaan yang bertugas.

Ketika ini pintu sempadan di utara – Pintu Erez, masih ditutup oleh Israel. Walhal jika pintu ini dibuka, bantuan ke utara Gaza boleh disalurkan dengan segera tanpa perlu airdrop. Airdrop 33 tan yang dijatuhkan oleh Jordan baru-baru ini boleh dimuatkan dalam satu trak. Kalau 100 trak dibenarkan masuk sehari, 100 kali ganda bantuan sebenarnya boleh dibawa masuk.

Pintu sempadan di selatan Gaza – Pintu Karem Abu Salem, telah dibuka tetapi jumlah trak yang dibenarkan masuk akhir-akhir ini semakin susut. Daripada purata 100 trak sehari kini sudah turun ke 40 trak sehari. Pintu dibuka tapi kawalan semakin diperketat. Kalau sekatan ini boleh diangkat, airdrop tidak relevan lagi.

Malangnya US dan negara-negara ini tiada kehendak politik yang kuat untuk mendesak Israel. Mereka sekadar bermain wayang sementara menunggu Israel mencapai matlamatnya dalam perang ini atau setidak-tidaknya sehingga Israel puas hati. Entah berapa ramai lagi kanak-kanak Gaza perlu dikorbankan sebelum mereka bertindak.

Yang pasti laporan terbaru PBB bahawa 576,000 penduduk Gaza kini berada pada tahap kebuluran yang kritikal (IPC 5), 90% kanak-kanak di bawah umur 5 tahun diancam penyakit berjangkit dan 58,000 orang lagi dijangka akan terkorban dalam 6 bulan akan datang sekiranya perang tidak dihentikan belum cukup untuk dijadikan alasan untuk mereka bertindak.

Khalid bin Jimat,

Ketua Pegawai Penyelidik,

Palestine Centre of Excellence – PACE

The post Airdrop bukan penyelesaian tuntas untuk Gaza appeared first on MyCARE.

[MyRamadan2022] Bantuan untuk asnaf di Pulau Pinang
Dalam kempen MyRamadan 2022 yang lalu, MyCARE telah menghulurkan bantuan kepada asnaf yang memerlukan di sekitar Pulau Pinang melalui MyCARE Penang.

Antara penyaluran yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

1. Bantuan 20 helai baju raya kepada asnaf dan anak yatim di Dewan Taman Sri Serdang, Kepala Batas dengan kerjasama i-Bantu yang menyumbang pek makanan.

2. Bantuan 20 helai baju raya dan pek makanan kepada asnaf dan anak yatim di Dewan Kampung Tok Kandu, Permatang Pauh

3. Bantuan 25 helai baju raya dan pek makanan kepada asnaf dan anak yatim di Taman Desa Puri, Tasek Gelugor.

4. Bantuan 20 helai baju raya dan pek makanan kepada asnaf diedarkan rumah ke rumah di sekitar Permatang Kerai, Permatang Indah dan Taman Permatang Indah, Kepala Batas.

5. Bantuan 5 kampit beras dan 5 pek makanan kepada Pusat Komuniti Rohingya di Taman Sri Serdang, Kuala Batas. Pihak koperasi menambah 5 kampit beras dan 1 botol minyak masak untuk mereka menyediakan masakan jamuan Aidilfitri.

Terima kasih kepada semua para penyumbang yang telah bersama MyCARE dalam kempen MyRamadan 2022.

Tidak dilupakan para aktivis dan sukarelawan serta orang ramai yang menjayakan program-program penyaluran.

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

The post [MyRamadan2022] Bantuan untuk asnaf di Pulau Pinang appeared first on MyCARE.

Deklarasi Balfour
Pernahkah anda terfikir, bagaimana satu deklarasi ringkas, sepanjang satu perenggan dan 67 patah perkataan, berjaya menatijahkan sebuah negara Yahudi di Palestin? Kuasa magis apa yang dimiliki deklarasi ini sehingga mampu berbuat demikian?Mari kita tinjau apa yang menyebabkan deklarasi ini begitu ‘berkuasa’ sekali.

a. Deklarasi ini dikeluarkan oleh Arthur James Balfour, Menteri Luar British pada ketika itu, bagi pihak kerajaan British. Sebab itulah namanya Deklarasi Balfour.

British pula merupakan antara empayar besar di dunia pada ketika itu selain Perancis, Rusia, Jerman, Uthmaniyah dan Austria-Hungary. Deklarasi ini berkuasa kerana ia dikeluarkan oleh kuasa besar dunia.

b. Deklarasi ini dikeluarkan ketika Perang Dunia Pertama (WW1). British dan sekutunya dalam Pihak Bersekutu (Perancis, Rusia, Itali, Jepun, Amerika Syarikat dll) berperang dengan negara-negara Kuasa Tengah (Jerman, Uthmaniyah, Austria-Hungary).

Pengisytiharan ketika perang adalah tanda ia satu pengisytiharan yang penting. British berharap deklarasi ini dapat memberi kelebihan strategik kepadanya untuk menang perang.

c. Deklarasi ini adalah janji ketiga British kepada tiga pihak berbeza terkait Palestin.

Janji pertama (1915) kepada Sharif Hussein, pemimpin Arab di Mekah (Hussein-McMahon Correspondence). British berjanji akan memerdekakan wilayah Arab sekiranya beliau memimpin bangsa Arab dan melancarkan perang ke atas Uthmaniyah.

Janji kedua (1916) kepada Perancis (Perjanjian Sykes-Picot). Oleh kerana bimbang dengan tuntutan Perancis ke atas Palestin, British berjaya memujuk Perancis untuk bekerjasama menjadikan Palestin sebagai wilayah antarabangsa.

Janji ketiga (1917) adalah kepada Pertubuhan Zionis. Oleh kerana ia adalah janji yang paling terkini, secara logiknya dua janji yang sebelumnya terbatal dengan sendirinya. Hebat. Arab dan Perancis diketepikan begitu sahaja.

d. British keluarkan deklarasi ini hanya selepas mendapat lampu hijau daripada Woodrow Wilson, Presiden Amerika Syarikat (US). US ketika itu baru mula menyertai WW1 sebagai ‘associated power’ (kuasa bersekutu) dan bukan ‘formal ally’ (sekutu rasmi) kepada British dan Perancis.

Penyertaan US banyak membantu mengisi kelompongan sumber Pihak Bersekutu yang semakin kering selepas lebih dua tahun berperang. Pandangan US diperlukan sebelum deklarasi strategik seperti ini dikeluarkan.

e. Deklarasi ini dikeluarkan selepas Pertubuhan Zionis mendakwa Jerman sedang mempertimbang untuk membuat pengisytiharan serupa yang boleh memberi kelebihan strategik kepada mereka. British tidak mahu kelebihan tersebut terlepas dari genggaman mereka.

“Cop cop… dari tadi engkau sebut kelebihan strategik. Kelebihan strategik apa yang engkau maksudkan?”

Begini. British percaya deklarasi ini boleh:

a. Menarik sokongan Yahudi yang ada di serata dunia, khususnya di negara-negara yang bersekutu dengan British dan negara-negara yang sedang berperang dengan British, kepada Pihak Bersekutu. Komuniti Yahudi mungkin kecil tetapi mereka sangat ‘resourceful’ (bijak, kaya dengan sumber).

b. Memastikan Rusia akan kekal berperang di Pihak Bersekutu. Rusia pada ketika itu sedang berdepan dengan Revolusi Bolshevik. Kerajaan Tsar dijangka akan tumbang. Kerajaan baru tidak semestinya akan terus bersama Pihak Bersekutu dalam WW1. British percaya Pertubuhan Zionis boleh mempengaruhi Yahudi yang memimpin Revolusi Bolshevik (seperti Trotsky) untuk terus bersama Pihak Bersekutu.

c. Merencat rancangan Jerman untuk menarik sokongan Yahudi dengan menawarkan deklarasi yang sama (seperti yang dimaklumkan Pertubuhan Zionis). Jika Jerman bersedia untuk membuat tawaran yang sama, mengapa tidak British? Jerman pasti ingin menggunakan hubungannya dengan Uthmaniyah untuk membenarkan Yahudi berhijrah beramai-ramai ke Palestin, wilayah yang berada di bawah penguasaan Uthmaniyah.

d. Memberi kelebihan kepada British ke atas Perancis yang dijangka akan terus mendesak supaya Palestin dijadikan wilayah antarabangsa (seperti yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Sykes-Picot). Sekiranya Palestin menjadi ‘buffer-state’ (negara penampan) antara wilayah penguasaan British dan Perancis di Timur Tengah selepas WW1, British pasti akan mempunyai kelebihan kerana membantu pembentukannya. Lebih-lebih lagi Palestin berada hampir dengan Terusan Suez yang penting untuk perdagangan British dan hubungan dengan jajahannya di India dan di timur.

“Yer…yer jer kau. Betul ke Zionis mampu buat semua tu? Kuat sangat ke pengaruh derang? Entah-entah propa jer!”

Menurut Profesor Emeritus Avi Shlaim, Profesor Hubungan Luar Negara di Universiti Oxford, ada dua school of thought (aliran pemikiran) utama dalam pertikaian menentukan sebab sebenar deklarasi ini dikeluarkan.

Yang pertama oleh Leonard Stein, bekas Setiausaha Politik Pertubuhan Zionis Antarabangsa dari 1920-1929. Stein berpendapat deklarasi ini adalah hasil kebijakan dan kemahiran pemimpin Zionis melobi dan menjual propaganda mereka kepada pemimpin kanan British untuk mendapatkan jaminan dan sokongan yang mereka perlukan.

Yang kedua oleh Profesor Meyir Verete, profesor Sejarah di Universiti Hebrew di Jerusalem. Verete berpendapat deklarasi ini adalah hasil amalan politik pragmatik pemimpin British demi memelihara kepentingan British di waktu perang.Ada juga pendapat yang mengatakan deklarasi ini selari dengan matlamat jangka panjang British yang mahu memecahkan Empayar Uthmaniyah. British mahu membina laluan darat antara jajahannya di Mesir dan di Teluk Parsi. Ini pendapat Profesor Emeritus Jacob Coleman Hurewitz, profesor Sains Politik di Colombia University.

“Engkau pula macam mana? Apa pendapat kau?”

Saya secara peribadi cenderung kepada pandangan Profesor Emeritus Jonathan Schneer, profesor Sejarah di Georgia Institute of Technology. Schneer berpendapat:

“Because it was unpredictable and characterized by contradictions, deceptions, misinterpretations, and wishful thinking, the lead-up to the Balfour Declaration sowed dragon’s teeth. It produced a murderous harvest, and we go on harvesting even today.”

(Kerana ia tidak dapat diramalkan dan mengandungi percanggahan, penipuan, salah tafsir, dan angan-angan, peristiwa yang membawa kepada pengisytiharan Deklarasi Balfour menanam benih kebinasaan. Ia menghasilkan tuaian yang membunuh, yang kita terus tuai sehingga ke hari ini.)

– Khalid Jimat,
Palestine Centre of Excellence (PACE)

The post Deklarasi Balfour appeared first on MyCARE.

Peristiwa 20 September 1187
Hari ini 834 tahun yang lalu, Salahuddin al-Ayyubi mula mengepung Baitulmaqdis. Kekalahan besar di Hattin pada 4 Julai menyebabkan kuasa Kristian ketandusan tentera untuk mempertahankan kota-kotanya sekitar Levant khususnya al-Quds. Ini dimanfaatkan Sultan Ayyubiyah, Salahuddin untuk menakluk satu persatu kota terbabit.

Dari Tibnin, angkatan Ayyubiyah menawan Ramla, Ibelin (Yibna), Darum (Dier al-Balah) dan Ashkelon dengan mudah tanpa perlu bertempur. Kemudian, Salahuddin menumpukan seluruh kekuatannya untuk menakluk kembali kota suci Baitulmaqdis. Beliau bertemu dengan perwakilan al-Quds di luar Ashkelon untuk berunding, namun mereka tetap enggan menyerah walau apa pun ditawarkan. Maka Salahuddin mempersiap angkatannya & mula mengepung al-Quds pada 20 September 1187.

Serangan selama beberapa hari gagal memecah masuk pertahanan kota, sehingga Salahuddin menyedari kesilapan taktikalnya: membariskan tentera pada kedudukan berdepan matahari terbit yang menyilaukan dan mengganggu pandangan mereka. Apabila posisi diubah ke timur pada 25 September, serangan Ayyubiyah lebih memberi impak dan hampir berjaya memecah masuk benteng pertahanan kota sebelum Balian Ibelin, pemimpin pertahanan Kristian al-Quds, keluar untuk berunding.

Persetujuan dicapai, orang Kristian dijanjikan keselamatan untuk berhijrah ke Tyre (pangkalan Kristian yang masih tinggal di Levant) namun tentera Salib dijadikan tawanan sebagai hamba atau membayar tebusan untuk membebaskan diri. Salahuddin memasuki kota al-Quds tanggal 2 Oktober yang jatuh pada 27 Rejab, tarikh ulangtahun peristiwa Isra’ Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Masjid al-Aqsa dibersihkan dan salib-salib bersama artifak-artifak Kristian lain dialihkan. Mimbar yang dibuat atas perintah Nur ad-Din (Emir Syria Empayar Zengid yang juga guru Salahuddin yang bercita-cita untuk menawan kota itu namun tak kesampaian) didirikan, permaidani dihampar dan wangian dipercikkan ke segenap sudut masjid itu. Selepas 88 tahun, azan berkumandang semula dan solat Jumaat didirikan kembali di dalam al-Aqsa.

Sumber: World History Encyclopedia

*gambar daripada sedutan filem ‘Kingdom of Heaven’ edaran 20th Century Fox

Kredit: Astro Awani

The post Peristiwa 20 September 1187 appeared first on MyCARE.

Training of Volunteer (TOV) sesi Oktober 2021
Ingin menjadi sukarelawan tapi tak tahu bagaimana nak bermula? Ketika dunia sedang menghadapi ujian COVID-19, duduk di rumah pun boleh jadi sukarelawan. Anda juga berpeluang untuk menyumbang kepada Palestin dan Syria serta membantu pelarian Rohingya.

Justeru, MyCARE membawakan TOV sesi II/2021 sebagai langkah permulaan anda untuk menjadi seorang sukarelawan.

Ayuh sertai kursus induksi sukarelawan MyCARE – TRAINING OF VOLUNTEER (TOV)!

TOV II/2021
Tarikh : 2 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Aplikasi ZOOM
Yuran: RM10

Klik untuk bayar yuran
(RM1 akan ditolak untuk pemprosesan)

Anda akan menerima:

Sijil

Pen MyCARE

Buku nota MyCARE

Selain memperkenal usaha-usaha kemanusiaan MyCARE, kami akan bantu anda merealisasikan cita-cita anda untuk menyumbang kepada kerja-kerja kemanusiaan baik di dalam negara mahupun di luar negara.

Jangan lepaskan peluang untuk luaskan dunia anda sambil berkenalan dengan ‘individu super awesome’ yang berjiwa besar dan sangat prihatin dengan nasib orang lain.

Selepas membuat bayaran, Daftar TOV DI SINI SEKARANG! Tempat adalah terhad!

Jumpa anda di INDUKSI MyCARE! Sebarkan kepada rakan2 anda!

Hubungi Khairiah : 03-8941 2341 (HQ) / 018-383 2458 (WA)

Ikuti saluran Telegram kami
http://t.me/VolunteerMyCARE

The post Training of Volunteer (TOV) sesi Oktober 2021 appeared first on MyCARE.

Antara Haikal Sulaiman & Al-Aqsa
1- Naratif yang disebarkan oleh Yahudi adalah Al-Aqsa merupakan tapak bagi tempat ibadat mereka dengan mendakwa wujudnya ‘Haikal Sulaiman’ yang dibina oleh Nabi Sulaiman a.s. Dikatakan ia masih tertimbus di bawah kompleks Al-Aqsa sekarang.

2- Yahudi mendakwa tempat ini adalah khusus untuk penganut agama Yahudi dan Umat Islam tidak ada hak ke atasnya kerana mereka bukan pewaris nabi Bani Israel. Maka Yahudi memiliki perkaitan sejarah & hak pemilikan ke atas tempat ini melebihi dari Umat Islam. Adakah ini benar?

3- Mereka merasa bangga dengan pemerintahan Nabi Sulaiman a.s di Palestin dan menganggapnya sebagai ‘pemerintahan Yahudi’. Mereka juga mencanang diri mereka sebagai pewaris bagi pemerintahan ini & negara haram Israel adalah penerusan kepada legasi Nabi Daud & Nabi Sulaiman a.s.

4- Maka mereka ingin membina semula ‘Haikal Sulaiman’ yang didakwa wujud itu di Al-Aqsa melalui penubuhan negara haram Israel dan dengan menjadikan pembinaan haikal ini ini sebagai tujuan utama mereka. Setiap hari mereka menceroboh ke Al-Aqsa untuk meninjau tapak haikal ini.

5- Untuk menjawab dakwaan palsu Yahudi ini Umat Islam kena kembali kepada Al-Quran yang terkandung padanya jawapan terhadap isu isu Al-Aqsa dan Palestin dengan fakta fakta yang jelas. Persoalan yang perlu dijawab adalah; apakah agama sebenar para nabi & apakah hakikat Islam itu.
Hakikat Islam Menurut Al-Quran.

6- Al-Quran menolak & membatalkan segala dakwaan Yahudi bahawa para Nabi & Rasul dari Bani Israel beragama Yahudi seperti yang dianuti sekarang. Al-Quran menjelaskan bahawa mereka semua adalah Muslim & pengikut mereka ialah orang Islam.

7- Al-Quran juga menegaskan bahawa segala risalah yang dibawa oleh para Nabi & Rasul terdahulu adalah risalah Islam. Maka Nabi Daud & Nabi Sulaiman ialah orang Islam dan pemerintahan baginda adalah pemerintahan Islam dan bukannya Yahudi yang terbina atas dasar perkauman jahat.

8- Sebahagian orang menyempitkan makna Islam hanya pada risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang muncul di Mekah. Seolah olah Islam adalah agama yang baru muncul dan tidak memiliki legasi dari agama terdahulu. Penyempitan makna Islam seperti ini adalah satu kesilapan.

3 Makna Islam Menurut Al-Quran

9- Pertama : Islam dengan makna umum : ketundukan & kepatuhan seluruh makhluk kepada Allah SWT. Kedua : Islam adalah agama bagi seluruh Nabi & Rasul serta menjadi risalah mereka. Ketiga : Islam adalah agama bagi Umat Nabi Muhammad SAW.

Pertama : Islam dengan makna umum; ketundukan & kepatuhan seluruh makhluk kepada Allah.

Firman Allah:

“Apakah kamu tidak mengetahui bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohon, binatang yang melata, & sebagian besar dari manusia? Dan banyak di antara manusia yang layak ke atasnya azab.” [Al-Hajj:18]

Kesemua makhluk ini tunduk & patuh kepada Allah SWT dan inilah makna ‘Islam’ dari sudut bahasa iaitu ketundukan & kepatuhan kepada Allah SWT.

Kedua : Islam adalah agama bagi seluruh nabi & rasul serta menjadi risalah mereka.

Islam adalah risalah semua Nabi & Rasul. Kesemua mereka ialah Muslim & setiap pengikut yang beriman dalam kalangan mereka ialah orang orang Islam. Bermula dari Nabi Adam sehinggalah Nabi Muhammad.

Maka Islam dengan makna ini memiliki rantaian sejarah yang panjang dan bukan hanya bermula dari kemunculan Nabi Muhamamd SAW di Mekah. Nabi Nuh & pengikut baginda ialah Muslim. Nabi Ibrahim & pengikut baginda ialah Muslim. Begitu juga dengan nabi nabi dari Bani Israel.

Islam adalah agama Nabi Nuh a.s.
Kata baginda :

وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ

“… dan aku disuruh supaya aku termasuk golongan orang-orang yang berserah diri (kepada-Nya).” [10: 72]

Begitu juga pengikut baginda ialah orang Islam.

Islam adalah agama Nabi Ibrahim a.s
Firman Allah :

إِذْ قَالَ لَهُۥ رَبُّهُۥٓ أَسْلِمْ ۖ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ

“(Ingatlah) ketika Tuhan berfirman kepadanya (Ibrahim), “Berserah dirilah!” Dia menjawab, “Aku berserah diri kepada Tuhan seluruh alam.” [2:131]

Islam adalah agama Nabi Musa a.s & Bani Israel.

رَبَّنَآ أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ

“(Mereka berdoa): “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)”. [7:126]

Islam adalah agama Nabi Isa a.s & pengikut baginda dari kalangan Hawariyyin.

وَٱشْهَدْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

“…dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam (yang berserah diri). [Ali-Imran : 52]

Ketiga : Islam adalah agama bagi Umat Nabi Muhammad SAW.

Islam adalah agama semua Nabi & Rasul bermula dari Nabi Adam. Islam juga adalah agama yang diutuskan kepada Nabi Muhamammad SAW yang merupakan penutup bagi Nabi & Rasul. Islam ini juga membatalkan syariat umat terdahulu.

Islam yang diteruskan legasinya oleh Nabi Muhammad SAW adalah adalah agama yang diredhai oleh Allah SWT untuk umat manusia.

Firman Allah SWT :

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَـٰمُ ۗ

“Sesungguhnya agama (yang diridai) di sisi Allah hanyalah Islam.” [3:19]

Dengan ini juga telah menjadi lengkap & sempurnalah Islam yang bermula dari Nabi Adam a.s.

ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلْإِسْلَـٰمَ دِينًا

“Pada hari ini, telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redai Islam itu menjadi agama bagimu.” [5:3]

Maka Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah agama bagi kesemua Nabi & Rasul. Juga agama bagi semua pengikut mereka.

Kita semua & mereka ialah penganut agama Islam.

Nabi Bani Israel Ialah Muslim

10- Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang keislaman nabi & rasul dari Bani Israel. Bahawa mereka bukanlah penganut agama Yahudi yang telah menyeleweng seperti hari ini yang terbina atas perkauman yang sempit & jahat.

Antaranya :

– Nabi Ibrahim bukan Yahudi & Nasrani [3:67-68], agama yang benar ialah Islam yang mengikuti baginda [4:125], ketika membina Ka’bah baginda
mengisytiharkan keislaman baginda [2:127-128] & baginda menamakan kita sebagai orang Islam [22:78].

– Nabi Ya’qub mewasiatkan kepada anak cucu baginda agar tidak mati melainkan sebagai orang Islam [2:132, 133 & 12:101]

– Nabi Musa ialah orang Islam & orang beriman yang pertama dari kaum baginda [7:143], baginda menyeru kaum baginda agar menjadi orang Islam [10:84-85].

Nabi Daud & Nabi Sulaiman a.s Ialah Pemerintah Muslim

11- Antara pemalsuan hakikat yang dilakukan oleh Yahudi adalah dengan mendakwa bahawa Nabi Daud & Nabi Sulaiman a.s sebagai pengikut agama mereka & pemerintahan baginda di Palestin adalah pemerintahan perkauman Yahudi.

Peranan baginda dalam negara Islam ini adalah sebagai nabi & rasul, raja yang soleh, khalifah yang adil, pendakwah, hamba kepada Allah & mujahid. Baginda memerintah kaumnya dengan ajaran Islam & menyusun atur kehidupan mereka di atasnya. Ini diisyaratkan dalam surah Sod ayat 26.

Kata Sheikh Dr Solah Al-Khalidi :

“Pemerintahan Nabi Daud a.s adalah pemerintahan Islam dan bukan Yahudi. Perang baginda adalah jihad untuk menyebarkan Islam dan bukan perang yang berasaskan perkauman Yahudi untuk menyebarkan ketuanan bangsa Yahudi. Baginda menghimpunkan dan membina kesetiaan manusia berdasarkan keislaman & keimanan mereka dan bukannya berdasarkan perkauman & keyahudian mereka.”

Maka atas sebab inilah Nabi Daud a.s berlepas diri daripada orang orang kafir walaupun mereka daripada bangsa baginda dan baginda juga melaknat mereka.

‏Firman Allah SWT :

لُعِنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنۢ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُۥدَ
وَعِيسَى ٱبْنِ مَرْيَمَ ۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا۟ وَّكَانُوا۟ يَعْتَدُونَ

“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.” [Al-Maidah : 78]

Berdasarkan apa yang disebutkan ini maka Yahudi hari ini yang telah pun kafir & menyeleweng daripada ajaran sebenar Nabi Daud a.s tidak memiliki hak ke atas pemerintahan baginda di Palestin. Mereka telah dilaknat melalui Al-Quran. Bermakna mereka tidak diredai oleh Allah SWT.

12 – Nabi Sulaiman a.s sebagaimana ayah baginda meneruskan legasi pemerintahan Islam. Baginda ialah raja yang muslim, khalifah yang adil, hamba kepada Allah, pendakwah kepada Islam & mujahid. Perang yang dilakukan oleh baginda adalah jihad untuk menyebarkan risalah Islam.

Ini dapat dilihat pada kisah baginda bersama Ratu Saba’ yang mana baginda menyeru kepada Islam & bukan keyahudian yang sempit & rasis.

Pada surat yang diutuskan oleh Hudhud :

وَإِنَّهُۥ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ أَلَّا تَعْلُوا۟ عَلَىَّ وَأْتُونِى مُسْلِمِينَ

“Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): Bahwa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri”. [Al-Naml : 30-31]

Begitu juga pada ayat 38, 42-43, & 44 pada surah yang sama.

13- Inilah yang dimaksudkan bahawa pemerintahan Nabi Daud & Nabi Sulaiman adalah pemerintahan Islam iaitu mereka menyeru manusia agar tunduk patuh kepada Allah SWT tanpa mengira bangsa. Pemerintahan ini bukan terbina atas fahaman keyahudian yang rasis lagi penuh kebencian.
‘Haikal Sulaiman’ Bukan Milik Yahudi.

14 – Maka ‘Haikal Sulaiman’ yang dibina oleh Nabi Sulaiman -seperti dakwaan Yahudi- pada hakikatnya bukanlah dibina atas dasar keyahudian ataupun untuk mengangkat dan mengabadikan kemuliaan Yahudi. Tidak juga dibina untuk tujuan perkauman.

15- Tetapi ‘haikal’ tersebut dibina sebagai tempat ibadat kepada Allah & menjadi tempat manusia menjadi Muslim (berserah diri). ‘Haikal’ ini dibina untuk iman dan taqwa, menjadi pusat kepada iman & Islam kerana tujuan pemerintahan baginda adalah untuk mengislamkan umat manusia.

16- Maka atas sebab inilah Islam yang diutuskan kepada Nabi Muhammad SAW adalah pewaris sebenar bagi legasi pemerintahan Nabi Daud & Nabi Sulaiman kerana tujuan Nabi Muhammad SAW adalah seperti mereka berdua juga iaitu untuk menyampaikan risalah Islam kepada umat manusia.

17- Umat Islam telah mewarisi Palestin dan membina Masjidil Aqsa untuk meneruskan niat & tujuan Nabi Sulaiman dalam pembinaan ‘haikal’ tersebut. Sebagaimana Al-Aqsa dibina untuk menjadi pusat keimanan & ketakwaan begitu juga dengan ‘haikal’ yang dibina oleh Nabi Sulaiman a.s.

18- Maka Yahudi pada hari ini tidak memiliki seinci hak pun ke atas tanah Palestin & Al-Aqsa kerana mereka bukanlah pewaris sebenar Nabi Sulaiman a.s. Umat Islam adalah pewaris sebenar. Al-Aqsa akan terus dipertahankan dengan nyawa dan juga darah kerana kebenaran bersama mereka.

Wallahua’alam.

Oleh: https://www.facebook.com/mfakhrifadzli
https://twitter.com/fakhrifadzli

Rujukan : Haqaiq Quraniyyah Haula Qadiyyah Filistiniyyah, Sheikh Dr Solah Al-Khalidi.
Telegram : https://t.me/fakhrifadzli

Comments

The post Antara Haikal Sulaiman & Al-Aqsa appeared first on MyCARE.