JOHOR BAHRU, 25 Mac 2020 – Untuk Bantuan Fasa ke-3, MyCARE telah menyalurkan sumbangan kepada penduduk Johor yang memerlukan akibat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan dengan kerjasama MyCARE Johor dan Econsave.

Sebanyak 64 pek makanan telah diagihkan kepada penduduk di beberapa lokasi di Kulai dan Muar.

Pek makanan bernilai RM 96.70 terdiri daripada makanan asas seperti beras, minyak masak, sardin, bihun, gula, biskut, susu pekat, sos cili dan lain-lain.

Fokus bantuan pek makanan ini disalurkan kepada mereka yang terkesan iaitu fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, golongan berpendapatan rendah, mualaf, cacat anggota badan, hilang mata pencarian, ahli keluarga sakit, dan pelarian Rohingya.

Jutaan terima kasih kepada para penyumbang Tabung Kecemasan COVID-19 dan pelbagai pihak di atas kerjasama yang diberikan.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

Teruskan menyumbang agar ramai yang memerlukan dapat kita santuni. Teruskan bersama kami untuk menghulurkan bantuan melalui Tabung Kecemasan COVID-19 di:

https://www.billplz.com/fightcovid19

Atau

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602135592

Reference: fightcovid19

Sebarkan kepada rakan-rakan, ahli keluarga dan orang ramai agar lebih banyak mendapat manfaat.

Hargai pengorbanan kakitangan barisan hadapan dengan menyumbang dan mematuhi semua peraturan yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa.

“Nurturing Humanity, Making a Difference”